Saturday, 4 June 2011

Sahabat + Kawan


Sahabat,
Budimu tidak ternilai,
Meski dihulurkan jutaan wang, segunung emas,
Dermaga kudrat yang telah kau korbankan,
Untukku
Hanya yang Esa mampu membalasnya.



Sahabat,
Biar seribu tahun berlalu,
Sampai dunia diakhir cerita,
Kegembiraan yang kau beri takkan ku lupa..
takkan terluput, terhakis
Walau jasad sebati dengan bumi sekalipun
Penghargaan untukmu tetap tinggi melangit.



Sahabat,
Andaikata insan ini telah mencalar hatimu,
Jika diri ini telah melukai kalbumu
ataupun
Mewujudkan sendu di dasar jiwa,
Izinkan kuntum kemaafan mekar
bersama ketulusan.




No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter