Daisypath Anniversary tickers

Friday 26 August 2011

INSAN SEDERHANA

Kadang aku menyendiri..
Seperti mencari sesuatu yang hilang..
Pernah aku membenci diri sendiri..orang lain..
Orang di sekelilingku…
Mungkin disebabkan aku sedih…
Aku sedih bila diabaikan..tidak dipedulikan..
Dan disitulah aku mula menangis..
Kerna aku tak sehebat insan lain
Yang punya hati tabah.

Aku terlalu manja.
Mengapa aku masih seperti budak kecil ?
Ingin dipujuk-pujuk bila aku merajuk.
Ingin hati ini dibuai-buai setiap masa.
Ingin seseorang memberitahu aku supaya tidak bersedih.

Benarkah masih ada seseorang yang mahu mendengar segala keluh-kesahku?

Aku hanya mahu menjadi insan sederhana..
Aku tidak mahu menjadi terlalu baik..
Kerana aku bimbang…
Bimbang aku diperbodohkan atas segala kebaikan yang ku beri..
Dikhianati..
Dibenci..
Dicaci..
AKU TIDAK MAHU.
Biarlah aku menjadi insan yang bersederhana.

Jiwa ini hanya mahu perasaan damai.
Kerana ia pernah menangis satu ketika dulu..
Kerana ia pernah dipermainkan oleh jiwa yang lain satu ketika dulu..
Kerana ia pernah kecewa terhiris luka satu ketika dulu..
Kini.. semua peristiwa itu telah membuatkan jiwanya kini bangkit semula
melawan kepedihan..
dan kerana semua peristiwa itu telah menjadikan dirinya kuat untuk meneruskan hidup
tanpa kedukaan peristiwa itu..
dan kerana itulah jiwa ini menerima lamaran cinta jiwa yang baru…
kerana jiwa ini yakin bahawa kini dia juga boleh bahagia setelah menempuhi
kepedihan pada satu ketika dulu.

Wahai jiwa si hati..Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku.
Sesungguhnya kemunculanmu dalam hidupku adalah perkara yang tidak pernah ku duga sama sekali.
Kehadiranmu kini mampu membuatkan kehidupanku seunik2 warna.
Sekali lagi..terima kasih Mrs Gula-gula.

Thursday 25 August 2011

HARI RAYA HAMPIR TIBA, SAAT PULANGNYA SI HATI

‘’Owh..dekat sdh d abg balik..hehe”
Semalam..kata-kata itu sudah cukup mengukirkan senyuman di wajahku.
Menanti kepulangan si hati..
Hari raya hampir menjelma..
Ku tunggu si hati pulang
dengan perasaan yang penuh debaran
diselang seli dengan gembira.

Ini soal rindu..
Tanyalah pada hati kenapa rindu ?
Kerana dalam hati ada perasaan,
Perasaan apa ?
Ianya perasaan cinta.

I sit here..
Thinking about you..
Again..and again..

Sunday 21 August 2011

I WANT TO SMILE WITH A GOOD IMAGE


Cubalah hadapi dugaan dengan tersenyum J
Kerana senyuman menghilangkan fikiran yang tegang.
Senyuman itu menggerakkan 17 otot wajah.
Sementara marah memerlukan tarikan 32 otot wajah (kata seorang doctor).
Senyuman membuatkan peredaran darah menjadi lebih baik.
Senyuman membuat hati menjadi ceria.
Kerana senyuman itu juga adalah sedekah
dan warisan Rasulullah.
Paparkan ekspresi indah kepada diri sendiri dan juga untuk orang lain.

Friday 19 August 2011

HANYA TUHAN YANG TAHU

Untuk apa aku berpura-pura tabah sedangkan hati ini ingin menangis?
Untuk apa aku berpura-pura gembira sedangkan hati ini ingin menangis?
Untuk apa ?
Seringkali aku cuba untuk menahan tangisku.
Dadaku jadi sebak..kemana harus ku palitkan rasa sebegitu?
Seringkali aku mengingatkan diriku agar sentiasa tabah,
namun akhirnya…aku tewas
oleh perasaanku sendiri.
Wahai diri, cubalah dongak kenyataan dunia.
Beranikan diri menyentuh segala dugaan dunia.
Namun..kekadang aku tenggelam.
Kadang aku tersedar..kadang aku tersasar.
Pernah aku mengalirkan air mata yang amat sangat lantaran
aku terlalu memikirkan kehidupan Mama Abah.
Segalanya mereka yang uruskan..
Aku terasa seperti tidak memahami mereka yang berhempas pulas
untuk keselesaan hidup kami sekeluarga.
Memerah keringat mencari rezeki.
Sedangkan aku? Aku belum memerah keringatku untuk mereka.
Aku seperti tidak tahu mencari kekuatan agar aku tidak menangis.
Aku hanya menangis.
Apa yang ada dalam diriku sehingga aku seringkali menangis….
Hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.
Alangkah pedihnya.
Seringkali aku menahan sebak, Namun air mataku terhambur juga.
Walaupun saban hari aku berperang dengan perasaan…
aku akan terus mengingatkan diriku agar sentiasa tabah.

SENYUMANNYA MEMBUAT AKU MERINDUINYA

●●●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬●●●

Kini…Masih jelas terukir senyuman itu diingatanku.. J

●●●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬●●●

Dulu..Leka memandangnya saat dia tersenyum,
Begitu unik.
Ku lirikkan senyumanku,
Kerana gembira melihatnya tersenyum.
Hatiku sedikit tersentak apabila
dia memandang wajahku.
Namun, ku ketawa kecil dalam hatiku.
Ternyata menggelikan hati..
Sebenarnya aku terkesima disitu J

Angin waktu itu bertiup lembut.
Saat duduk bersama….manisnya.. J
●●●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬●●●

Akan datang..
Senyumannya pasti ku lihat lagi J

Wajahku sayu sebak di kalbu,
Teringat akan orang di situ,
Hanya gula-gula pengubat rindu,
Kepada kekasih di rantau yang jauh.

Sudah lama ku ingin tahu,
Bilakah kita akan bertemu,
Ku harus sabar dan tabah selalu,
Menanti kepulangan sang kekasih yang ku rindu.
●●●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬●●


Wednesday 17 August 2011

AYAT ROMANTIK UNTUKKU

Takkan ku lupa ekspresi perasaanku semalam..
Walaupun ada ketikanya aku sedih,
Namun semalam perasaan sedihku mudah bertukar menjadi gembira..tanpa aku sedari.
Kata-katanya membuatkan aku sedikit tergelak J haha..
Bagaimana dia boleh terfikir untuk bertanyakan benda seperti itu?
Haha J dasar si kurus.
Kita belum slim laa….Chubby lagi~
Walaupun begitu..Aku tersenyum..gembira dengan jenakanya yang bersahaja.

Aku teramat suka bila dia memanggilku “Guntayang”..Entah kenapa..Nyatanya aku memang suka J

Semalam juga..
Aku dititipkan sebuah ayat yang ku anggap “Ayat Romantik”
Walaupun segelintir manusia tidak akan mengklasifikasikan sebagai “Ayat Romantik”.
Tapi bagi diriku ianya memang “Ayat Romantik” yang tersangat romantik dan akan ku hargai ia selama mana hatiku tersimpan dihatinya.

“Ayat Romantik” yang dititip untukku:
“…Walaupun jauh dari mata, Tetap dekat di hati,
Walaupun jauh abang merantau, Sayang tetap di hati..”


Terima kasih..Aku menghargainya J

Monday 15 August 2011

CUBA UNTUK CERIA SEMULA

Assalammualaikum..
Wah..kali pertama ungkapan indah terpapar di ruangan ini.
Kesihatan kini semakin baik. Alhamdulillah..
Saya sepatutnya gembira.
Saya sepatutnya tidak memikirkan perkara-perkara yang sedih.
Seharusnya ceriakan diri sendiri.
Ya..Saya mampu berbuat demikian.
Beberapa hari lalu…I remember the smiles that crept on my face..
Smiling..
Buat perkara itu lagi….seharusnya gembira.
Sad tears that ran down my cheeks….
sepatutnya ganti dengan happy tears.
Just happiness…I wish.

Sunday 14 August 2011

SUNYI DALAM GEMBIRA

Pagi kelmarin..saya menunggu.
Petang..saya masih menunggu.
Dan malamnya...saya menunggu..
Akhirnya..sebelum tidur,SAYA MENANGIS.
Situasi ini terlalu sukar untuk saya lalui.

Dan Pagi ini..Saya sakit.
Mungkin kesan daripada perasaan yang sukar untuk saya tahan semalam.
Diri ini cuma ingin diberi perhatian.
saya tidak bermaksud pada setiap jam..setiap masa..
saya tidak mengharapkan kekerapan seperti itu.
Sibuk macam mana sekalipun dengan kerja itu...
tolonglah beri perhatian tentang saya juga..ambil berat..
saya juga memerlukan perhatian.

saat ini..dalam keadaan saya yang sakit,
saya mengharapkan pertanyaan "sihat juga? " dari awak..
namun..apa kan daya..jauh dari apa yang saya bayangkan.
mungkin awak tidak tahu situasi saya.
kerana kini awak sudah jarang bertanya tentang perkara itu..

Awak selsema..saya tahu situasi awak.
Saya doakan selsema awak cepat hilang...semoga sihat walafiat di sana.
Saya sakit..Tapi Awak tidak tahu...

Setiap hari saya doakan yang terbaik untuk awak.
"Ya Allah..
berikanlah aku pasangan hidup yang baik..
yang hormat akan kedua orang tuaku..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Jika di loh mahfuz telah tertulis bahawa................ adalah jodohku
Maka, Jadikanlah dia anak yang soleh kepada kedua orang tuanya,
Sucikanlah hatinya..
Perelokkanlah akhlaknya sepertimana Engkau memperelokkan rupa paras dan kejadiannya..
Tanamkanlah sifat jujur dan amanah dalam dirinya..
Jauhkanlah dirinya dari perbuatan yang mungkar..
Permudahkanlah segala urusannya..
dan murahkanlah rezekinya...
Amin......"

Maafkan jika selama ini saya menyusahkan awak.
Maafkan saya.
Mudah-mudahan esok saya sihat walafiat......
Tidak mengapa walaupun awak tidak bertanya tentang sihat/sakit saya.
Saya akan cuba bertahan dengan keadaan yang saya lalui sekarang.



Friday 12 August 2011

TERINGAT KEMBALI MEMORI ITU

Hari ini…
saya melalui satu lorong..
Dimana lorong itu mengingatkan saya pada awak.
Kita pernah berjalan bersama satu ketika dulu di lorong itu.
Mungkin awak tidak tahu…saya pernah mencuri pandang melihat wajah awak ketika itu.
Mungkin awak tidak sedar.. J

Hari ini juga..
saya melihat pondok itu..
Wajah tersenyum..kerana teringat akan wajah awak yang tersenyum di pondok itu satu ketika dulu..
Kita tertawa bersama.
Sebuah kerusi  di bawah pokok yang rendang..masih ingatkah akan hal ini?
Kita ketawa lagi di sini…
Seorang budak yang menyerikan detik manis waktu itu..
Kita usik ceritera waktu itu dengan ceritera seorang kanak-kanak..
Gembiranya rasa di hati ini ketika itu…

Hari ini juga..
saya melihat kek itu..
Langkah terhenti sekejap..
Wajah tersenyum lagi..
Hati menjadi sebak…ingin menangis..kerana terlalu rindu akan detik itu.
Kerana di sinilah cerita kita bermula…
Pertemuan pertama kita..
Pertama kali saya lihat awak tersenyum..


Awak..detik yang saya lewati hari ini..amat berbeza dari detik kita bersama.
Begitu banyak kenangan yang kita lalui bersama..
Setiap benda..tempat..yang berkaitan dengan awak..mengingatkan saya tentang semua
Memori kita..

Awak..jika suatu hari nanti awak pergi dari hidup saya, bagaimana akan saya lalui hidup ini?
Awak..jika suatu hari nanti awak buang saya jauh dari hati awak, pada siapa harus saya simpan hati ini?
Awak..jika suatu hari nanti awak berpaling dari saya, kepada siapakah saya harus menoleh?

Awak.. saya bukan memilih kesempurnaan.
Awak..saya hanya mahu niat ikhlas awak menerima saya..
Mencintai saya..
Menyayangi saya..
Mengambil berat akan diri saya..

Tuesday 9 August 2011

AIRMATA JADI TEMAN SAAT HATI PEDIH.

Malam ini..
Menangis lagi..
Rasa sakit hati membuatkan aku
seringkali menangis..
Kadangkala aku sendiri tidak memahami perasaanku..
Airmata jadi temanku disaat aku tidak mampu menanggung kepedihan hati.

Kenapa begitu susah ?
Detik ini menjadi saat yang sukar bagiku.
Aku tidak begitu berdaya menahan hati yang pedih ini.

“Ya Allah..
Tenangkanlah hatiku..berikanlah aku kekuatan
dalam menanggung beban resah hati ini..”
Mungkin ini adalah ujian buatku agar hatiku lebih cekal.
Seandainya ujian ini mempunyai tujuan yang terbaik,
maka aku seharusnya redha dengan qada dan qadar ilahi.

Sungguh aku berasa amat payah menanggung
perasaan ini kala ia terjadi kepadaku.
Berbeza dengan situasi yang berlaku kepada teman-teman rapatku..
Aku dengan mudah memberikan mereka kata semangat..
Sedangkan apabila terjadi kepada diriku sendiri..barulah aku sedikit faham.
Tak semudah yang aku sangka..
Ternyata ianya perit.

Malam ini tidurku belum tentu akan lena.
Air mata ini tidak mudah untuk kering.
Hati ini belum tentu tenteram.
Esok belum tentu akan berubah.
Selagi aku rasa akan kesakitan hati ini..
Selagi itulah resah ini tidak akan hilang.

Thursday 4 August 2011

SERBA SALAH

Bukannya ego.
Bangga diri pun bukan.
pentingkan diri. No.
Kalau memang tidak reti, susah.
payah.
boleh serba salah jadinya....
kalau ditegur pun..nanti pandai menjawab pulak kang..
otak boleh jadi strok  fikir bidas-bidas ni.
kalau kurang pemahaman atau rujukan sesuatu isu,
susahlah tegur-menegur ni....hish...
mati akal woah....


Wednesday 3 August 2011

Biarlah Hanya Sederhana


Walaupun dia seorang yang ‘’besa-besa” saja..
keistimewaannya  amat banyakJ
Bukan “kehenseman’’ jadi ukuran J. Ianya subjektif.
Saya lihat memang sedap mata memandang..
namun benda tu cuma bonus.
Istimewanya dia disebabkan oleh tingkah lakunya.
Amat berlainan.
Saya kategorikan “lain” sebab..
Senyumannya bukan untuk semua.
Saya kenal orang ini..mahal sangat senyuman tu. Hehe..
Bukan semua individu boleh senyum kepada individu yang lain.
Jarang Nampak orang ni senyum tau..
hish..kadang-kadang naik geram jugak..haha
Tapi..saya rasa itulah keistimewaannya.
Lain sangat…J
Selalunya kalau lelaki..
mana-mana jumpa orang..senyum tu memang ada.
Tapi dia lain sikit J
Ewah-ewah…topik senyuman bukan main panjang lagi ayatnya…hehe J

Dia seorang yang caring J
Selalu bagi tau itu..bagi tau ini..
I like J hehe
Semua aspek dia caring..situasi itu..situasi ini…J
Kadang-kadang..Perkara kecil pun tidak terkecuali.
Sebenarnya..kita tidak boleh ukur sifat caring tu
Berdasarkan apa yang berlaku hari-hari.
Setakat dia  menjaga keadaan diri saya
dan ikhlas meghargai diri ini..bagi saya, itu sudah cukup J
Hensem or tak hensem ??
Kes subjektif ni..hehe J
saya berpendapat, Sederhana saja J
Sejuk mata memandang..itu sudah  lebih dari cukup J
Tidak ada maknanya jika hensem tapi perangai sebijik samseng.
Tidak hensem tapi kalau perangainya elok..ok apa…J
Sebaik-baiknya..yang sederhana itu lebih bagus..hehe
Kehenseman itu tidak kekal lah beb…. J
Sudah tua kerepot..belum tentu hensem tu masih ada J
So, pilih yang sederhana lagi ok J
Kehenseman dia sederhana saja..hikhikhik..jangan marah orang di sana k…J

Banyak lagi keistimewaan dia J
Ciri-ciri standard yang saya cari..
kebanyakkan ada pada dirinya.
saya pilih dia sebab..dia telah pilih saya J
Dia seorang yang berani juga J
Tergelak balik bila ingat mula-mula kapel…
Beraninya dia…J
Tunjuk gentlemen…wakaka J
Jangan marah :P
Anyway…terima kasih awak.. J
Sebab pilih saya jadi bunga awak.
Siram saya setiap hari tau..hikhihhik.. J
Bajai dengan kejujuran awak.. J
Jika di lohmahfuz telah tertulis takdir untuk  kita berdua, jodoh kita tidak akan kemana J
Insya Allah..

Tuesday 2 August 2011

2nd Day "PUASA"

May we always have the love and peace between us.
InsyaAllah..

Monday 1 August 2011

Bersyukur


Aku amat Bersyukur kepada Allah
Kerana diberi peluang untuk merasai bulan berkat pada tahun ini.

Tahun ini..
Aku dapat mengungkapkan “Selamat Beribadah Di Bulan Ramadhan’’
Kepada insan yang begitu istimewa dalam hidupku J
Aku masih boleh menyatakan  “Selamat bersahur” kepadanya J
Masih boleh memberi kata“selamat berbuka puasa” untuknya J
Aku bukanlah mengharapkan apa-apa balasan,
Cuma ingin dia tahu bahawa sungguh aku bertuah kerana dapat
Meniti bulan berkat ini bersamanya.
Aku mahu kongsikan kegembiraan
bulan yang mulia ini bersamanya.

Aku gembira jika aku mengungkapkan kata-kata sebegitu kepadanya.
Sehari sebelum mulanya puasa ramadhan, aku sudah merancang
untuk berbuat demikian.
Sebagai teman istimewanya, aku ikhlas J

Jika diri ini tidak dihargai..
Jika segala pengorbananku selama ini dipandang remeh..
Jika diri ini begitu hina untuk diberi perhatian..
Maka aku tidak sekali-sekali pernah salahkan sesiapa J
Sekadar mahu orang di sana mencintai diri ini
dengan hati yang tulus,ikhlas dan
terima segala kekuranganku berbanding kelebihanku J

Aku berharap agar tahun ini dapat membawa makna
kegembiraan dan keberkatan dalam hidupku J

Selagi aku bergelar teman istimewanya,
Doaku untuknya tidak akan putus,
Semoga yang terbaik untuknya.
Bulan berkat..semoga lebih membawa keberkatan kepada semua insan.

Aku suka bila mengungkapkan kata
ini kepadanya…”Selamat bersahur J

Check Your Love Meter