Daisypath Anniversary tickers

Sunday 31 July 2011

Ramadhan Datang Lagi

*Statement ini saya copy dari post my kazen Mohd Syukri Md Rustim di Facebook :)*

♥ MARHABAN YAA RAMADHAN ♥
...
(¯`v´¯).♥ Marhaban Ya Ramadhan,
...Welcome Ramadhan ♥.(¯`v´¯)

Sahabat:,

Insya 'Allah , Esok kita akan berjumpa dengan Ramadhan, bulan yang penuh hikmah, yang di dalamnya terdapat malam seribu bulan. Kerananya, pada kesempatan ini,saya ingin meminta maaf lahir batin kepada para sahabat fillah bila terdapat kesalahan diri ini, baik yang tidak disengaja apalagi yang disengaja, yang tersirat mahupun yang tersurat, semoga kita saling memaafkan di antara kita. Dan semoga kita dapat menjalani bulan Ramadhan yang penuh hikmah dengan sebaik-baiknya. Semoga kita senantiasa menjaga hubungan silaturahim di antara kita .

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Salam ukhuwah-fillah.
♥ ...♥♥...♥`•.¸.•´❤ ❤ ¸.•´¸.•* ♥`·.¸.¸¸. ♥♥♥♥♥♥•.¸.•´♥¸.•* ♥♥♥♥♥♥♥

Saturday 30 July 2011

Selama 6 Hari, Aku Terpaksa Laluinya Walaupun Amat Perit.

Sudah 6 hari,
Begitu sunyi..
Begitu kosong..
Ku lalui dengan terpaksa.
No word from you.
Setiap hari aku menanti.
I want to see a message on my phone.
Waiting your name appears.
Malangnya..disappointed..
Amat perit ku lalui hari-hari ini..selama 6 hari..
No longer laughing..aku tidak mampu.
Aku berharap agar hari esok bakal berubah,
I miss our conversation.


Sunday 24 July 2011

Hati

Hati tidak begitu tenang,
Perasaan resah semacam.
Air mata tidak dapat ku halang dari terus jatuh.
Ku relakan ia mengalir.
Jiwaku perit saat diundang keadaan ini.
Ku lepaskan perasaan ini.
Biarku mengadu di ruangan ini.
Detik ini aku hanya ingin menangis.
melepaskan tekanan yang ku alami.

Ya Allah,
Sungguh dugaan ini amat sukar untuk aku laluinya.
Mungkin ini peringatan untukku
kerana alpa dalam mengingati kebesaranMu.
Ya Allah,
Kuatkanlah semangat hambaMu ini.
Permudahkanlah bagiku untuk menempuhi
segala dugaan ini.
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa
atas segala sesuatu.

Aku Cuma Gadis Biasa

Seringkali ku toleh nama itu.
Saat itu hati bagai terusik,
Dipanah rasa kerinduan.
Bagaimana jika suatu hari nanti,
Takdir tidak mengizinkan untuk bersamanya..
Bagaimana harus aku lalui hidup ini?
Adakah senyumanku masih sama?
Aku tidak mengharapkan ceritera hidup
Seperti Cinderella..
Snow White..
The cute Barbie..
Yang ku harap hanyalah hidup insan biasa..
Yang cukup dengan cerita gembira bersamanya.
Aku tidak dapat menjanjikan 100% kebahagiaan untuknya.
Aku tidak dapat memberikan
kasih sayang untuknya lebih dari kasih sayang ibunya.
Tapi, Aku boleh memberi segala kemanisan hidup
untuknya hanya setakat yang aku mampu.
Kerana aku masih insan biasa.
Komitmen ku untuk cinta kamu sangat kuat.
Sesungguhnya aku amat bersyukur
Andai kamu boleh terima diri ini seadanya.

Nukilan rindu kepada sang kasih,
Kata digubah untuk si hati,
Bergelar insan bernama kekasih,
Agar diri bisa dimengerti.

To :
Mr. Gula-gula.
Tegur aku jika aku salah.
Marah aku jika aku mulai sombong.
Kerana diriku cuma gadis biasa
yang masih banyak kekurangan.


Wednesday 20 July 2011

Apabila Kesunyian


Apabila aku kesunyian,
menimbulkan rasa resah dalam hati,
Remember the old story.
What happened..adalah normal dalam dunia ini.
Kadangkala gembira,
kadangkala bersedih,
Sukar untuk dilupakan.
Do I have to play with hurt feeling ?
Semua yang telah berlaku telah memberikan pengajaran dalam hidup ini.
Segala yang diimpikan atau diharapkan dalam hidup
bukanlah mudah untuk menjadikan ianya realiti.
Hanya bersabar.
Ini bukan sahaja dugaan untuk aku,
Tapi dugaan untuk orang lain.
Aku tidak tahu..\Bahawa kini aku terfikir akan perkara ini.
Aku memerhati sekeliling.
Pemandangan luas tidak bertepi.
Inilah hidup.
Ilusi gembira bukanlah satu benda yang kita
boleh laluinya setiap saat.
Ia juga boleh berubah.
Dan ilusi sayu dan sedih
juga bukan satu benda yang boleh
menghantui kita untuk selama-lamanya.
Kedua-dua ilusi ini ada pasang surutnya.
Dan hanyalah diri sendiri
yang mampu menjadikan ianya satu
ilusi kegembiraan atau kesedihan.
Inilah kehidupan.
Inilah perjalanan yang harus diterima realitinya.
Kita tidak dapat menjangka sesuatu berlaku,
namun kita masih boleh mengubah sesuatu yang lebih indah
untuk kita lengkapkan dalam kegembiraan hidup.

Saturday 16 July 2011

Tidak Semudah Yang Kamu Fikir.

Jika diri ini tidak diterima seadanya…
Jika diri ini diperbodohkan..
Jika diri ini disakiti..
Jika diri ini dilontarkan kata tipu..

Namun..sesungguhnya aku bersyukur
Kerana diri ini masih dibekalkan nafas
Untuk berbuat amalan yang baik kepada semua insan..

Terkadang aku terfikir..
Mengapa diri ini begitu mudah menerima penderitaan ?
Adakah untuk mengingatkan hati agar cekal mengharunginya?
Sebenarnya aku tidak mampu.
Terlalu lemah.
Aku ingin lari dari semua ini.
Begitu perit kaki untuk melangkah dari semua ini.
Terlalu sukar untuk aku laluinya..

Ku tahan perasaan ini.
Ku pujuk keresahan ini.

Malam ini..
Tergerak hati untuk mengungkapkan kata.
Sejuta rasa ketakutan menghantui fikiran dan perasaan L
Bosan dengan resah yang menghimpit L
Takut parah membakar diri jika dipendam di dalam hati.

Thursday 14 July 2011

Ek'eleh...

Have you ever experienced that wonderful feeling ?
Sure, we all have !

Beberapa hari lalu..

Si chubby amatlah sedih ketika itu,
Menangis malam-malam buta.
Dengan lontaran ayat-ayat power dari Sang kekasih,
Si chubby tiba-tiba tergelak. hahaha
ek eleh...
J
Sah ! Sang kekasih berjaya memujuknya.
J

Now..
Every word he's ever said still ringing in my head.
J

Monday 11 July 2011

Thank You So Much ^_^

.•*" "*•.¸¸.•*" "*•.¸¸.•*" "*•.¸¸.•*" "*•.¸¸.•*" "*•.


I have a story about someone who gave me candy kissme.
there is a story about a wonderful time..
when we laugh together.
when we were eating cake together.
stroll around the shops.
Taking a picture..
.
Do you feel the joy of it?
In every romance,
I always feel the sweetness.
You will always kept in my heart.
my soul will always be with you.
I love him..really love him.


To :
Mr. Gula-gula Kissme,
Just keep it up
{◠‿◠}

.•*" "*•.¸¸.•*" "*•.¸¸.•*" "*•.¸¸.•*" "*•.¸¸.•*" "*•.


Thursday 7 July 2011

Kamu Buat Saya Terkilan


Selalu macam tu :’(
Pernah fikir perasaan orang lain?
Kenapa selalu buat macam tu?
Tolonglah mengerti :’(
Setiap kali kamu buat macam tu,
perasaan saya terguris.
Saya terkilan, kamu tidak sedarkah?
Apabila saya sering bertanyakan kamu soalan yang sama
yang membuat kamu bosan, maafkan saya.
Saya berharap kamu bersabar.
Saya hanya bertanya.
Saya ingin kamu menjawabnya dengan jujur.
Tapi, kamu seperti tidak mengendahkan betapa
pentingnya soalan itu bagi diri saya sendiri.

Monday 4 July 2011

Cheer Up ! Life Must Go On

Senyuman ku langsung tidak berbaloi
Sekiranya sahabat ku hanya “terpaksa” tersenyum.

Corat-coret kisah si sahabat.

Satu kegembiraan.
Namun terselit hati yang sayu..
Pedih..menahan kelukaan yang susah ditinggalkan..
Mahu kepastian tentang sesuatu.
Namun kelu untuk bertanya.
Sering menangis dalam hati.
Diam..Mengapa begitu sukar untuk menangkis perasaan sedih?

Sahabat..
Ku tahu dirimu begitu tabah. J
Jangan terlalu bebankan fikiranmu wahai sahabat.
Sesungguhnya setiap dugaan,
Allah pasti menentukan satu tujuan yang amat baik.

Aku tidak berniat untuk menidakkan kebenaran yang telah
kamu alami  wahai sahabat..
Aku berharap kamu boleh menghadapinya
dengan fikiran terbuka,
Hati yang cekal,
Akal yang bijak menentukan kebaikan dugaan itu,
Dan kekalkan senyuman manis
di bibir kamu
walaupun ianya sepahit perasaan yang kamu alami kini.

Apabila apapun yang telah aku curahkan kata-kata padamu..
Tolong jangan ketawa dan salahkan aku,
Fikirkanlah, dulu aku juga pernah mengalami situasi yang hampir serupa
yang kamu alami kini.. J

Ambillah kesabaran dan ketabahan untuk dirimu sendiri.. J
Maka aku sudah berterima kasih atas semua ini jika kamu teruskan hidupmu
dengan senyuman tanpa berpaling mengimbau kisah luka
yang membuat kamu sedih.. J
Cheer up kawanku J




Saturday 2 July 2011

Ku Ingin Impian Itu.

Dalam hidup ini,
Setiap orang mempunyai impian & cita-cita.
Tidak ada siapa akan terkecuali untuk memiliki keinginan sedemikian.

Tapi,
Kenapa sesetengah daripada kita tidak mendapat apa yang diidam-idamkan?
Mengharap sesuatu yang tidak pasti.
Dan bila tidak mendapat apa yang diinginkan,
Perasaan boleh terluka..
Kecewa..
Sedih..

Aku sebenarnya ingin impian itu.
Mahu miliki impian itu.
Mahu impian itu.
Kekadang,
Aku cemburu dengan insan lain…
Insan yang berjaya memiliki impian mereka.
Aku cemburu dengan senyuman itu.
Aku cemburu dengan gelak tawa itu.
Aku cemburu.
Sungguh,aku amat cemburu.

Mengapa aku masih di sini?
Mengapa aku masih belum miliki impian aku sendiri?
Aku marah dengan keadaanku..
Aku benci dengan sikapku..
Aku bosan dengan hidupku saat ini..
Aku belum miliki impian yang aku inginkan.

Ku sedih dengan riak wajah abah mama.
Ku renung wajah mereka,
Nyatanya mereka masih tersenyum..
Tapi,dalam hati..tak siapa tahu..
Mungkin terselit sejuta kekalutan
yang dipagari sejuta kekecewaan.
Maafkan aku.
Aku telah berusaha untuk memiliki impian itu..
Namun takdir belum mengizinkan aku memilikinya.
Maafkan aku.

Semoga masih ada  impian yang terbaik menanti
untuk aku memilikinya.
Aku berdoa kepada Allah agar hidupku
dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan olehNya.


Friday 1 July 2011

Aku Tahu


Sahabat,
Setiap perlakuanmu yang melukakan hatiku,
Setiap tindakanmu yang menyebabkan mengalirnya airmataku,
Setiap kata-katamu yang membuatku terkaku sedih,
Dan segala-galanya yang telah membuatkan
aku terguris terpaku...
Kini, Aku telah memaafkanmu.
Dengan nama Allah,
Aku ikhlas memaafkanmu.
Aku redha atas apa yang telah
engkau lakukan sahabat.
Aku diam.
Kerana aku tidak mampu...
Malahan tidak sanggup liar memarahimu,
Memakimu,
Menghinamu,
Apa lagi untuk memfitnahmu.
Sungguh aku tidak sanggup berbuat
begitu kepada sahabatku sendiri.
Tetapi, adilkah untukku ?
Adilkah dengan apa yang telah engkau
lakukan kepadaku?
Lagak apakah sebenarnya yang
ingin kau tunjukkan kepadaku?
Masih jelas diingatanku
sewaktu kau melayarkan
tindakanmu.
Badanku yang lemah terpaksaku
melangkah juga kerana percaya kata-katamu,
Tahukah engkau wahai sahabat?
Aku bergantung kepada dua
anggota tanganku ketika itu
untuk mencapai sesuatu agar
aku bisa bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain.
Dapatkah engkau bayangkan keperitan kesakitan yang
ku alami itu?
Ditambah lagi dengan kata-katamu
yang tidak benar dan tidak berasas itu..
Tahukah engkau perasaanku waktu itu?
Aku bagaikan hilang arah tujuku.
Aku mencari sinar senyuman yang masih tersimpan untukku.
Aku memujuk diriku sendiri.
Berlagak seperti hari esok bakal
munculnya kegembiraan.
Aku berbicara lagaknya seorang yang
menang dalam syarahannya.
Tidakkah aku terlalu
bodoh untuk berbuat sedemikian wahai sahabat?
Mengungkapkan kegembiraan diriku
walhal ianya adalah kosong dan
sangat mustahil pada ketika itu.
Sahabat,
Sungguh engkau tidak pernah terfikir
akan berlaku seperti itu
pada diriku,bukan?

Aku memaafkanmu wahai sahabat.
Sungguh.
Tetapi segala yang telah engkau lakukan kepadaku
tidak begitu mudah untuk aku
melupakannya.
Mungkin ia mengambil masa
3 hari, 3 minggu, 3 bulan, 3 tahun,
atau tidak akan ku lupa untuk selama-lamanya.
Maafkan aku wahai sahabat,
dan memaafkanmu juga adalah nilai
yang ikhlas dariku untukmu kali yang terakhir.

Check Your Love Meter