Daisypath Anniversary tickers

Thursday 29 September 2011

Tidak Ku Sangka

Sungguh dunia ini penuh dengan cabaran.
Inikah dugaan buatku?
Aku tidak menyangka ada insan lain memberi  tanggapan sebegitu ke atas diriku.
Aku tahu diri ini.
Banyak kesilapan yang telah aku lakukan.
Dan kerna kesilapan itu, mereka tidak dapat mengubah tanggapan itu.
Kenapa masih sama?
Aku masih mahu menjadi insan baik. Aku punya keinginan itu.
Dan tika diriku ingin berubah sedikit untuk menjadi lebih baik…
Insan lain menganggap diriku cuma berlakon. Beraksi baik.
Astaghfirullahulazim..sungguh aku tidak berniat sebegitu.
Aku sedih, terkilan bila mereka tidak menegur ketidakpuasan hati mereka
Kepadaku secara terang-terangan, berdepan.
Malah..ketidakpuasan hati mereka itu
Diberitahu secara umum dan bukan secara terus kepadaku.
Aku boleh menerima jika kebenaran itu tidak diselindung.
Tolonglah..Yakinkan diriku dengan teguran positif anda.
Aku pasti memahaminya.
Kini, aku perlu memperbaiki diriku. Sifatku.
Aku mahu menjadi seperti mereka yang berakhlak baik.
Aku ingin seperti itu.
Namun, adakah sesetengah mereka itu tahu akan niatku ini?

Wednesday 28 September 2011

Kisah lalu - Telah Ku Buang Jauh

Beberapa tahun yang lalu..
Aku terlalu menjaga perasaan itu..
Aku terlalu mengagungkan perasaan itu..
Hingga aku tidak sedar..hanya aku yang terlebih dalam segala hal..
Aku tidak terfikir..hanya aku yang berusaha dalam perasaan itu..
Aku terlalu alpa.
Ya..itulah aku.
Aku buta melihat kebenaran.
Mengapa terlalu sukar untukku tersedar ketika itu?
Aku insan yang terabai ..namun masih menjaga perasaanku sendiri..
Seringkali teman-temanku mengatakan kesalahannya..
Namun aku masih mahu menafikan..
Aku menyembunyikan kesalahannya dalam diriku.
Kerana aku sayang.
Namun, Allah maha bijaksana..
Hatiku mulai sedar hari demi hari…
Allah masih membuka ruang hatiku untuk sedar akan perasaan yang ku pegang.
Hatiku mulai benci dengan telatahnya.
Kesalahannya kini ku lihat dengan jelas.
tanggapanku kepadanya meleset sama sekali.
Ternyata dia belum berubah.
Perangai buruk itu tetap ada.

Wednesday 21 September 2011

Bila Sang Hati Sedih

Hati terusik lagi..
Diam..bicaraku hilang..menangis lagi.
Bila resah ini menemani..
Apa ku terdaya menahannya ?
Susah.
Namun harus ku cuba laluinya..
Walaupun diri tidak begitu kuat.

Tuesday 20 September 2011

HIDUP INI.......

Hari ini..
Ada sesuatu yang mengganggu fikiranku..
Persoalan demi persoalan timbul..
Kesedihan mulai ku rasai di diriku..
Namun..aku sepatutnya tahan ..tahan..dan tahan…
Aku tidak boleh terus masuk dalam kesedihan.

Perkara ini membuatku bingung.
Aku gembira..tapi pada masa yang sama aku..ingin menangis…
Kini..aku tidak boleh mengharapkan ia berlaku seperti dulu..
Adakah komitmen itu sudah kurang???
Atau sememangnya masih sama seperti hari ini ??

Hidup ini sukar untuk di duga..
Adakalanya kita merasai kesedihan..
Dan adakalanya berubah kepada kegembiraan..

Apabila aku seringkali bertanyakan soalan yang sama..
Harap bersabarlah denganku..
Kerana aku tidak pernah bosan untuk menjawab
segala pertanyaan yang diajukan kepadaku..
Harap mengertilah kepadaku..
Hadapi aku dengan sabar..

Saturday 17 September 2011

HUJAN CINTA..KHABARKAN PADANYA

Ku layangkan rindu buatmu,
Meski hujan cinta begitu teguh,
Kerna hati tetap utuh mencintaimu.
Walau saat ini jarak kita begitu jauh.

Hujan cinta..turunlah dikau bersama rinduku..
Turunlah hujan cinta bersama rasa cintaku..
Khabarkan padanya..
Berita perasaan gembiraku..
Agar dia tahu rasa di benakku..
Betapa aku merindukannya.
hanya setitis hujan cinta,
mampu membuatkan ekspresi ku gembira J

Friday 16 September 2011

SABAR

Aku telah berusaha..

Namun..peluang itu masih belum ada..
Penat..
Sedihnya hati..
Mungkin belum sampai masanya lagi rezeki itu untukku..
aku kena bersabar..

Dan kali ini..aku tidak boleh terlalu mengharap..
jika kali ini memang rezeki untukku, maka aku akan dapat mencapainya.
dan jika sebaliknya..aku kena redha..
aku tahu..

Wednesday 14 September 2011

JAGA CINTA KITA

Mr.Gula-gula kissme..jaga cinta ini.
terus mekarkan ia ♥.

Saturday 10 September 2011

JIKA AKU PERGI...

Jika aku benar pergi, aku tahu pasti ada manusia terkedu, terkejut, akan berfikir sejenak kerana
pergiku tanpa dijangka.
Aku tahu. Sungguh..
Pasti ada insan mengingati memori kenangan sewaktu bersamaku. Namun tika saat itu tiba..adakah aku bisa berundur agar ia tidak terjadi ?? sungguh..hidup dan mati ditangan Allah.
Kita tidak boleh lari dari itu.
Namun ku pohon..andai aku pergi satu hari nanti..
Sedekahkan aku ungkapan doa-doa yang terbaik untuk ketenanganku.
Ku pohon..jangan ditangisi pemergianku kelak..
Kerana saat itu  aku tidak bisa menghentikan air mata kalian..
Aku memohon maaf atas kesalahanku kepada kalian..
Aku memohon maaf atas kekhilafan kata-kataku kepada kalian..
Halalkan segalanya yang pernah kalian hulurkan kepadaku..
Maafkan aku jika diri ini pernah membuatkan airmata kalian jatuh…
Maafkan diri ini jika tingkah laku ku pernah mengguris perasaan kalian..
dalam keadaan sedar mahupun tidak..
Aku memohon maaf andainya diri ini terkasar bahasa waktu berbicara dengan kalian.
Wahai kalian yang amat ku sayangi..
Kenangan kita tidak akan ku lupa.
Terlalu berat untuk aku buang.
Aku berterima kasih atas segala kasih sayang yang kalian berikan kepadaku.

Sesungguhnya Allah lebih tahu atas segalanya..
Andai aku telah pergi suatu hari nanti..
Ku mohon kalian redha.

Aku ingin meminta maaf seawal ini kerana aku takut tidak berkesempatan dihari kemudian.

Thursday 8 September 2011

HATI YANG MENYAYANGI

Waktu ini..
Adakah ia akan berubah ?
Sungguh aku tidak mahu ia berubah..
Sebenarnya ini bukan soal waktu..jam..detik..
Tetapi ia adalah soal situasi yang menggembirakan pada ketika ini.
Aku tersenyum..saat memikirkan situasi ini.
Aku akui..aku bahagia ketika ini.
Sungguh.

Banyak janji yang telah kita bina.
Ku harap ia bukan janji sekadar janji.

Kini..
Perasaan ku semakin teguh memberi kasih sayang.
jangan pernah menoleh dari ku.
Kerna aku boleh terluka parah..


I don’t expect that you told me
“Alhamdulillah,Sayanglah yang terbaik yang pernah abang jumpa.”
Makes my heart beat fastest..
Ya Allah..jikalau benar,berikanlah kami rahmat agar berkat hubungan ini.

Aku..
Punya perasaan..
Ingin bahagia..
Seumur hidupku..hanya ingin dikasihi.

Berulangkali aku menatap bait-bait ini
‘’Hati abg sedih betul tau tym hantar syg..
Hati abg mnangis…’’
Aduhai hati..ini bukan soal kata jiwang.
Aku tahu..
Dia benar-benar maksudkannya walaupun ayatnya seperti itu.
Ayat-ayat itu masih ku simpan.
Aku tidak merasakan tindakanku bodoh..tidak berbaloi untuk simpan kata-kata sebegitu.
Malah Sungguh aku sangat bangga..ayat itu sudah membuktikan dia membahasakan diriku sebagai buah hatinya...
Kerana dia adalah sang hatiku,
Insan bernama kekasihku.

Wednesday 7 September 2011

I LIKE THIS SONG

Lirik Lagu
Dato Siti Nurhaliza - Cinta Ini

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti

Miss gula-gula said :
love it !!!!

Thursday 1 September 2011

KU HARGAI DETIK LEBARAN

Lama ruangan ini tidak dibuka…
Hari raya…
Tahun ini..berbeza dari tahun-tahun sebelum.
Aku berpeluang melihatnya…yeah.. J

Mataku pejam celik beberapa kali,
Manalah tahu aku masih bermimpi di siang hari…
Atau mungkin juga yang berada di depan mataku kini ialah
Jelmaan hantu di pagi hari..
Tidak ! memang sah, aku tidak bermimpi dan
Dihadapanku ini memang manusia yang sama.
Ya ! memang dialah orangnya.
Ya ! aku tak mungkin lupa,
Bukan kerana wajahnya tetapi kerana senyumannya
Yang membuatkan sepasang mataku ini tidak
Ingin bergerak daripada terus memandang.
Hish..bunyi macam gatal..hahaha
Ketika aku ralit memandang..tiba-tiba
Dia melihat tepat ke arahku.
Alamak ! aku terkesima di situ.
Tidak sempat berbuat apa-apa.
Kantoi la jawabnya..ahaha.

Anyway..sangat gembira raya tahun ini J
Raya pertama raya di kampung mama.
Raya kedua raya di kampung Mr. Gula-gula..
Mr. gula-gula datang ambil miss gula-gula di rumah.
First time dalam hidup..
Sangat seronok..
Mr. Gula-gula’s sister bagi duit raya J
Yeah…happy….
SETIAP PERISTIWA YANG BERLAKU DI HARI LEBATAN INI..
AKU HARGAINYA.
Terima kasih..
Mr.gula-gula’s family…thank you very much..
Layanan baik kalian tidak akan ku lupa buat selamanya.
aku amat menghargainya J

Hari sabtu ini…jumpa lagi mr. gula-gula…
Sebelum dia jalan ke perantauan..
Hari sabtu jadi peluang kali terakhir lihat wajah dia.. L sedih….

Check Your Love Meter