Daisypath Anniversary tickers

Saturday 31 December 2011

Di Penghujung 2011

Selamat Tinggal 2011
Tahun ini..Tahun yang penat.
Banyak perkara yang telah saya lalui sepanjang tahun ini.
Sepanjang tahun ini..saya banyak menggunakan emosi..
[emosi..?]
Saya selalu berperang dengan perasaan.
Suka~duka~pahit~manis
Sungguh.
Tapi saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan
menghirup udara dengan bebasnya,
Memiliki waktu 24jam setiap hari..
Salah satu resolusi yang saya ajukan  untuk diri saya sendiri
adalah “berusaha selagi mampu’’.
Selain itu, tahun 2011 telah menginspirasikan hidup saya.
[psst...ada something disitu..kehkeh]
Harus menjadi lebih baik.
Perbaiki kelemahan diri sendiri..
Sedia maklum, mengenal diri itu sukar..
Mengakui kesalahan diri itu sukar..
Dan melawan kebodohan diri sendiri juga sukar.
Tapi perkara itu boleh diubah, bukan?
So, yang paling penting…
Never stop, always moving.
Niat kena ikhlas J



Nantikan entri “My Resolution 2012’’ saya esok~ J

Thursday 29 December 2011

Lets Try Together

Sebenarnya hidup ini tidak membosankan.
Semuanya bergantung pada diri sendiri untuk
jadikan hidup ini membosankan atau menggembirakan.
Kalau kekecewaan yang ditemui dalam apa juga
perkara yang dilakukan,
Jangan salahkan sesiapa.
Manusia bukan senang difahami.
Jangan terlau fikirkan mahu menggembirakan orang lain
sampaikan diri sendiri terabai.
Make yourself happy first before anyone else.

Mrs.Gula-gula Kissme,
Saya marah sebab saya sayang !

Saturday 24 December 2011

SayaGeramTauTak

Hujan. Saya masih diam. Menunggu.
Hmmm..perasaan ada sedikit geram~ok ???
Kalau boleh mau dihempas benda yang di depan mata ketika ini !
[Sila imagine tahap `kebengangan’ saya].

Baik. Saya akan memainkan lagu Bengang.
Wakakak..apsal `Bajet Musikal’ pulak nih?? Haha.

Okay. Kembali ke topik ASAL.
Orang bilang..Minum air suam untuk meredakan
Kebengangan.[kepala hotak engkau!]
Hishhh. Mak oii~

Kita hantar `i miss u'
Tidak pun dibalas yaa....
Tengoklah nanti.
Confirm ayat JIWANG tu timbul.
[Pujuklah saya yaa~] hekhekhek J

Tuesday 20 December 2011

My Beloved, Sabar

Saya tidak tahu ..dan tidak pasti..
Keadaan hari ini..
Perasaan saya lain.
Apa yang berlaku hari ini, buat saya takut.
Saya jadi cemas.
He said – “Sedih..”
Saya stuck disitu.
Hati saya mula risau.
Apa patut saya buat.
Saya mula bertanya.
Berulangkali saya bertanya #
Namun tindak balas dari dia ambil masa agak lama.
Ya Allah..Hati saya bimbang.
Saya cuba untuk bertenang #
Then, saya dapat tahu apa yang
menyebabkan dia jadi sedih.
My beloved, Sabar #
Doakan supaya bapa cepat sembuh.
Jangan sedih. Insyaallah..kesihatan bapa beransur baik juga.

Wednesday 14 December 2011

I think of you when I wake up

*[Shed a tear for a moment]

To be honest, I miss you so much.
I wonder if you still thinks about me.

Tuesday 13 December 2011

Payah Sekali

Aku tahu..
Aku bukanlah insan yang mudah untuk memahami anda.
Aku..
Aku insan rapuh perasaan. Begitu mudah sekali.
Rajukku bisa datang. Kerap sekali.
Dayaku lemah. Menangis?
Ya. Menangis adalah tiang untukku berpaut dalam sedihku.
Kesedihan ini aku telan sendiri.
Kerana payah benar untuk dikongsi.

Sunday 11 December 2011

KARMA itu wujud.

Lama aku termenung..
Masih berfikir~
Untung saja jika “masih”
Wahai hati~ harus bertahan..
Boleh saja perkara itu tidak penting bagi mereka..
Tapi sesungguhnya perkara itu bagai nyawa untukku.
Aku tidak boleh tidak berfikir akan hal itu.
Hati sering terganggu~kelu sungguh, mati akal aku dibuatnya.
Sabar~ kerna KARMA itu masih wujud.

Wednesday 7 December 2011

Usna, Sabar...

Aku tahu Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi batas mampu.
Aku sepatutnya sabar, sabar, sabar dan sabar.
Kita makhluk istimewa, insan terpilih untuk diuji
agar boleh terus bersabar dengan setiap dugaan hidup.
Kadangkala aku hampir kalah dan tersungkur..
Namun aku cuba untuk mententeramkan diriku
agar cekal untuk menghadapi dugaan ini.
Inilah takdir,
Kadang-kadang memaksa kita untuk mengalirkan airmata.
Hidup memang seperti roda yang berputar, right ? I can just smiling to face it J

Sunday 4 December 2011

Ayat Hati Ini

Ya Allah..
Ternyata hatiku amat sakit saat ini.
Ingin aku luahkan pada semua orang..
Tapi hipokrit ini aku mesti bentengkan.

Ya Allah..
Seandainya apa yang kurasakan ini
Hanyalah ujian untukku, maka aku redha sebagai hambaMu.

Ya Allah..
Mengapa begitu sukar untuk diterima diri ini seadanya di mata manusia?
Apakah aku harus mengubah diriku untuk menjadi orang lain
Agar diri ini diterima…?

Aku tahan perasaan ini.
Kesedihan dan keresahan hati bertamu lagi.
Untuk apa?
Aku sering begini..

Wednesday 30 November 2011

Today

I did three things today, miss u, miss u & miss u again.
Thanx my beloved J
Lagu ini memang best J
Lain hari nyanyi untuk saya lagi..boleh? J 

Tomok – Bagaikan bidadari
Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku bertanya
Jika kau tak bersama
Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu
Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Kita kan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selama-lama
Jangkauan kasih kita hingga ke akhirnya
Hidup kita bagai di syurga
Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku
Miss you so much.
Saya tidak akan pernah lupa.

Saturday 26 November 2011

Teruja_kesudahannya Aku Kesal.

Ayat yang tidak disempurnakan..
Jika kata itu benar, kenapa harus dilupa..
Di sisih ? tidak diendahkan ?
Perasaanku begitu lembut, mudahnya rasa ini bergoncang.
Aku bukan objek pegun. Tolong~
Seringkali hati ingin mengadu,
Tolong~ambil berat.

Ayat yang tidak disempurnakan..
Mengapa aku harus mengadu saat ini..di ruangan ini?
Kerna aku….
Biarlah saat ini hati menangis.
Biarlah kala ini hati meraung jerit sedih.
Kerna hati ini sudah letih..
Letih untuk bertahan.

Ayat yang tidak disempurnakan..
Tolong~hari seterusnya..
sila perbetulkan..
sila kotakan..
sila ingat !
kerna ayat yang tidak sempurna dari anda
buat aku geram !!

Monday 21 November 2011

21 TAHUN

21 tahun.
itulah angka yang mewakili usiaku sekarang.
Telah 21 tahun lamanya diri ini berada dimuka bumi,
menghirup udara dengan bebasnya.
Angka itu sebenarnya membuatku senang..
Kerana sedang melalui jalan kedewasaan,
Seiring dengan pertambahan usia.
Tapi angka itu sebahagiannya membuatku sedih..
Kerana usia yang telah berkurang..
Waktu yang tertinggal, banyak kesilapan
yang  telah ku lakukan..
Angka ini juga menginspirasikan aku..
Berapa pun angka itu,
Harus merevolusikan diri dari A hingga Z.
Hari ini..
Pukul 00.01, tanggal 21 Nov 2011 aku telah  genap berusia 21 tahun.
Sepanjang hidup,
Banyak peristiwa yang telah ku lalui..
Suka duka, sihat sakit, lapang sempit…
Masa kanak-kanak telah lama dilewati…
Masa remaja sudah pergi..
Dan sekarang..menapaki masa kedewasaan.
Belajar menjadi dewasa.
Happy birthday to me.
Semoga Allah sentiasa membimbing diri ini dalam setiap perjalanan ku.
Amin.
Thank you mama and abah for bringing me into this colourful world.

Saturday 19 November 2011

Cekalkan Hati Ini

Ya Allah..
Aku tidak dapat bertahan saat ini.
Situasi ini amat menyeksakan aku.
Apalagi yang harus aku buat ya Allah..
Aku begitu rapuh..pedih hatiku untuk menahan sedih ini.
Pada siapa harus aku mengadu saat ini ?
Ya Allah..
Berikan aku sedikit ketabahan untukku terus bertahan.
Sungguh..hatiku amat sakit.
Aku tahu Allah tidak akan menguji hambanya melebihi batas mampu,
Tapi kadangkala aku merasakan aku tidak cukup kuat..
Hati ini terlalu rapuh dan hampir goyah
dengan dugaan yang bertindan.
Allah menguji kita kerana kita makhluknya yang teristimewa..
kita insan terpilih,
Dia memilih kita untuk diberi ujian yang sebegini berat
kerana sayang akan hambaNya.
Semoga dengan ujian yang Allah berikan ini
mampu mendidik hati ini agar terus cekal dan tabah..

Wednesday 16 November 2011

Mereka Tidak Faham

Mereka tidak akan pernah faham.
Apa yang ku lalui ketika ini,
Mereka tidak faham,
dan tidak AKAN faham.
Ketika diri ini mahu belajar
dari kesilapan lalu..mereka jauh merenung aku.
Seolah-olah aku belum layak untuk memperbaiki
kesilapan diriku.
Lagaknya seperti mereka MEMBANTAH.
Ya Allah.. sungguh aku ingin memperbaiki diriku.
Tetapi mereka tidak faham.
Diri ini tak kuasa menahan berat beban dan sesak di dada..
tatkala mengenang sikap mereka.
Ingin ku lukiskan apa yang sedang ku rasa..
Ingin ku bagi sesak di dada ini..
Namun, apalah terdaya.
Sulit rasanya untuk mulutku berucap,
Sulit rasanya hati ini membagi derita,
Apa lagi sekilas bertingkah pun aku sudah cukup malu.
Aku bukanlah seperti mentari yang sentiasa menebarkan sinarnya.
Juga bukanlah seperti karang yang tegar, teguh…bertambah kuat
tatkala didera hentaman ombak.
Aku hanyalah insan biasa.
Yang kadang tertawa, kadang menangis.
Kadangkala tak punya kegembiraan untuk dibagi,
Bahkan kadang tak punya kegembiraan untuk diri sendiri.

Dan selama-lamanya MEREKA tidak akan pernah faham.
Aku sedia maklum.

Sunday 13 November 2011

Cik belog "Mimbebeks"

Kali ini jom merepek soal jagung..err CINTA
dan benda yang seangkatan dengannya.

Cinta ?
Sila peka wahai penghuni alam.
Ramai yang akan salah sangka dengan apa
yang akan ku kupas..ku ulas..ku hiris..
Kerna aku juga sememangnya alpa dalam tafsiran.
Tapi ini adalah pendapat ku sendiri.

Pendapat cik belog ini..
Cinta itu monyet. Ehh maaf.
Maksud cik..Cinta itu monyet jika cintanya
disambut oleh para pencinta palsu.

Cinta itu bermaksud kasih sayang terhadap seseorang.
Cinta itu ibarat kemanisan dan kepahitan.
Antara dua rasa ini, yang manakah yang akan anda pilih
untuk menunjukkan andalah orang yang disayangi.
Jikalau anda memilih rasa KEPAHITAN,
maka andalah orang paling di benci.
Dan jikalau anda memilih rasa KEMANISAN,
maka andalah orang yang amat di sayangi.

Hati –hati dengan cinta.
Kerana cinta boleh buat orang sihat jadi sakit.
Orang normal jadi gila.

Berpada-padalah.
Sesungguhnya ia tidak semuanya manis.
Jangan terlalu mengharap akan madu,
Jika perisai tidaklah sebesar mana untuk saingan sengat lebah.

Tapi anda mungkin tidak sedar jika hati telah
Terjangkit virus chicken Fox...Ehh Cinta.
Tapi jika hasrat setinggi gunung kinabalu untuk bercinta..
Ehh silap lagi..lebih tinggi dari itu.. J
Bersedialah..untuk merasa sakit yang menyelimut hati.
Jika anda merasa sakitnya,
jangan pernah anda salahkan cinta,
jangan pula anda salahkan waktu.
Kerna semua itu adalah sebuah
proses kehidupan yang harus anda tempuhi.
Anda juga jangan salahkan pertemuan itu.
Apalagi mempertanyakan mengapa
semua harus anda yang rasa sakitnya,
sekali lagi aku katakan itu semua adalah sebuah
proses kehidupan yang berlaku pada semua orang.
Kerana aku sudah bilang, Tidak semuanya manis.

Baiklah.
Rasanya hanya itu.
Bait-bait itu perlu di fikir bersama.
Apa yang kurang,  adalah kelemahanku.
Lebihnya, sama-sama manfaatkan.
Kerana aku masih perlu tingkatkan pengetahuan
yang belum pun setengah jagung J
[asyik-asyik jagung J]

Inilah “Cik belog mimbebeks”
Mimbebeks ? apa itu..?
Try google translate J
Hehe..jangan. Ini bukan bulan April.

Wednesday 9 November 2011

Insan Itu...Aku Mencintainya

Terkadang aku merasa tidak kuat,
Terkadang takut untuk kehilangan..
Insan itu setia disampingku..
Menguatkan semangat kepadaku..
Insan itu tidak pernah jauh dari aku..
Jika aku sudah menangis dan hatiku masih lagi terasa pedih,
Insan itu memujukku..
Insan itu menenangkan aku..
Rasa cinta yang tulus akan mempersembahkan yang terbaik untuk suatu yang dicintai.
Insan itu istimewa untukku..
Tingkahnya membangkitkan semangat dalam hatiku saat aku sedih..

Ya Allah,
Utuhkanlah cinta kami,
Sebenar-benarnya bentuk cinta sejati.
Bukan hanya di lidah, Namun di dasar hati..
Jadikanlah insan yang kami kasihi saat ini
Sebagai perantaraan bagi kami untuk saling mencintai..
Dan mendekati-Mu  dalam erti sebenarnya
dan bukan malah sebaliknya.
Aamiin ya rabb…

Monday 7 November 2011

Please...uhukuhukuhuk

I hate people who brag.
This is a given, but I hate people who believe in what they are bragging to be so profound, when in reality, they have accomplished nothing.
A little judgmental, but it is my honest opinion. Humility receives the highest form of praise. Talking like you know about a certain subject matter around others can be really embarrassing, especially if you don't know the subject matter very well.
Please..please n please..
rasa sangat menyampah dengan mereka-mereka ini !

Tuesday 1 November 2011

Sesedar

Ku perhatikan..
Sesedar..Sesuatu seperti telah berubah.
Semakin pudar.
Semakin menghilang.
Bisa dulu semuanya ada.
Kini beransur hilang.
Sesingkat perubahan itu.
Cuma bertahan sedikit tempohnya.
Tolong, jangan hilang.
Bilang bahawa ia tidak berubah sedikit pun..
Aku masih perlukan itu.
Untuk gubahan tawaku, senyumku.
Jika itu berubah..
Adakah yang lainnya turut berubah ?
Adakah yang lainnya bisa sama ?
Sungguh. Aku kini dalam dilema.
Antara berubah atau ia masih sama ?
Ku harap kenyataan itu tidak berubah.
Titik.

Sunday 30 October 2011

{◠‿◠}

He's got gorgeous eyes.
And a stunning smile.
I didn't say a name, but he popped in your head, didn't he?


I still remember the feeling i felt when i first started talking to you. ♥

Friday 28 October 2011

Pagi Jumaat Ini


Sering ku katakan banyak hati perlu ditatang, walau hanya sedikit yang faham…
Payah benar rasanya.
Andai semua boleh memahami..
Andai semua boleh merasa..
Andai semua boleh mengerti..
Pasti tidak akan ku luah disini.
Kerana bukan semuanya boleh.
Tolong jangan cepat berprasangka buruk terhadapku,
Ia tidak semudah yang kamu sangka.
Susahnya menjadi seorang insan,
Banyak kata perlu dilapik..
Banyak dengar perlu ditapis.
Itulah manusia.

Pagi jumaat ini,
Tidak tertahankan..akhirnya
Ku biarkan ia jatuh.
Tidak terbendungkan..
Mungkin anda keliru..apa sebenarnya berlaku.
Kerana yang pasti tahu hanya Allah yang satu.
dan AKU.

Bukan dipinta untuk sama berkongsi, Cukup sekadar mengerti.

Wednesday 26 October 2011

Jangan Lupa Perbaiki Diri

Mukadimah~
Jiwang aku bertempat J
Luahan hati..milik empunya blog. J
Relax..Jangan kusutkan fikiran anda.
Sila tekan “Exit” jika perasaan anda mulai “pening” J



Start !
Pernahkah anda mencintai ? Bohong jika kata “tidak pernah”.
Hebat~ Hebat~ Hebat~
Yes. I admit it. Aku juga pernah. J
Sekarang~Aku sedang mencintai J

Adakalanya mencintai hingga air mata jatuh “bercucuran”. Ahaha
Ketawa~ kenapa? Kerana ayat itu sungguh menjengkelkan di “utak” ku. Haaha
Menangis biar berpada-pada.
Tidak perlu membazir walaupun kita tahu airmata tidak akan habis. J
Jika hati terhiris-hiris..sampaikan diri jadi melankolis J Tidak perlu~
Hanya kawal perasaan itu J

Jangan mudah berputus asa dari rahmat Allah J
Allah ingin menguji kita, seberapa besar komitmen kita terhadap sesuatu perkara J
Allah ingin lebih mendewasakan kita dan memantapkan keperibadian kita dalam menghadapi kegagalan J

Terkadang aku tersenyum, bukan kerana ada hal yang menyenangkan hatiku,
Tapi kerana aku tahu bersedih takkan selesaikan masalah J

Friday 21 October 2011

I Have Feeling





Before I met you,
I never knew what it was like to look at someone & smile for no reason.
How is that possible? J
I wanna be the girl you look for when everybody else is looking for you.

Wednesday 19 October 2011

The day when I first saw you - 26Mac2011

Takdir menerpa kita dengan erti perkenalan, Menyulam kasih sayang,
Menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan.
~MEMBERI WARNA DUNIA KIAN INDAH~

Check Your Love Meter