Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 28 September 2011

Kisah lalu - Telah Ku Buang Jauh

Beberapa tahun yang lalu..
Aku terlalu menjaga perasaan itu..
Aku terlalu mengagungkan perasaan itu..
Hingga aku tidak sedar..hanya aku yang terlebih dalam segala hal..
Aku tidak terfikir..hanya aku yang berusaha dalam perasaan itu..
Aku terlalu alpa.
Ya..itulah aku.
Aku buta melihat kebenaran.
Mengapa terlalu sukar untukku tersedar ketika itu?
Aku insan yang terabai ..namun masih menjaga perasaanku sendiri..
Seringkali teman-temanku mengatakan kesalahannya..
Namun aku masih mahu menafikan..
Aku menyembunyikan kesalahannya dalam diriku.
Kerana aku sayang.
Namun, Allah maha bijaksana..
Hatiku mulai sedar hari demi hari…
Allah masih membuka ruang hatiku untuk sedar akan perasaan yang ku pegang.
Hatiku mulai benci dengan telatahnya.
Kesalahannya kini ku lihat dengan jelas.
tanggapanku kepadanya meleset sama sekali.
Ternyata dia belum berubah.
Perangai buruk itu tetap ada.

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter