Daisypath Anniversary tickers

Thursday 29 September 2011

Tidak Ku Sangka

Sungguh dunia ini penuh dengan cabaran.
Inikah dugaan buatku?
Aku tidak menyangka ada insan lain memberi  tanggapan sebegitu ke atas diriku.
Aku tahu diri ini.
Banyak kesilapan yang telah aku lakukan.
Dan kerna kesilapan itu, mereka tidak dapat mengubah tanggapan itu.
Kenapa masih sama?
Aku masih mahu menjadi insan baik. Aku punya keinginan itu.
Dan tika diriku ingin berubah sedikit untuk menjadi lebih baik…
Insan lain menganggap diriku cuma berlakon. Beraksi baik.
Astaghfirullahulazim..sungguh aku tidak berniat sebegitu.
Aku sedih, terkilan bila mereka tidak menegur ketidakpuasan hati mereka
Kepadaku secara terang-terangan, berdepan.
Malah..ketidakpuasan hati mereka itu
Diberitahu secara umum dan bukan secara terus kepadaku.
Aku boleh menerima jika kebenaran itu tidak diselindung.
Tolonglah..Yakinkan diriku dengan teguran positif anda.
Aku pasti memahaminya.
Kini, aku perlu memperbaiki diriku. Sifatku.
Aku mahu menjadi seperti mereka yang berakhlak baik.
Aku ingin seperti itu.
Namun, adakah sesetengah mereka itu tahu akan niatku ini?

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter