Daisypath Anniversary tickers

Thursday 19 April 2012

R I N D U

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Sejuk. Aku merenung jauh.
Imbas kembali ceritera itu. Penuh magikanya. Senyuman dan tawa.
Namun bisakah aku ulang kembali seperti itu~
Perasaan ini terasa lain. Bukan macam dulu..
Dulu ia penuh gelak tawa.
Sedikit demi sedikit..ia seakan berubah. Kembalikan waktu itu untukku.
Aku rindu detik itu.
Jangan cantas kerinduan detik itu.
Aku ingin memutarkannya, untuk mengisi lembaran hari-hariku.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wednesday 18 April 2012

Dalam Indah Ada Peritnya

Kala hati memain peranan. Sudah, perit ingin di luah.
Kini, watak itu seakan lain. Harus apa hendak ku tanggung.
Dalam sembunyi, aku menangis. Mengetap bibir. Air mata terhambur jua.
Aku dilema.

Kini ku baru tahu..
Sesedar..rupa-rupanya ada insan lain di sana
Terkilan akan sikapku.
Aku sedih. Bahkan aku lagi terkejut.
Kerana..
Selama ini tanggapanku beza.

Aku mesti sabar.
Di sebalik semua ini,
Ganjarannya tentulah HIKMAH.
Mesti bertahan.

Walaupun pedih kenyataan yang ku terima..
Sesulit mana untuk aku bertahan.
Aku akan teruskan jua episod hidup ini.
Sekalipun dengan memakai topeng-topeng senyuman.

Saturday 14 April 2012

Semua Orang Mahu Yang Terbaik


Benarlah kata orang, Hidup tidak begitu cantik jika pahit manis tidak bertandang.
Banyak mengajar erti hidup. Namun bukan mudah melaluinya.
Aku pernah menemukan senyum itu dalam mimpiku.. senyum yang lama ku tak jumpa dalam nyata hidupku. Hidup ini, aku banyak menangis, kadang-kadang perkara yang aku
Tak pasti pun menyebabkan aku seringkali menangis. Aku terlalu mengikut kata hati.
Aku punya impian sederhana. Impian itu adalah kegembiraan.

Hari ini, aku masih berusaha buat yang terbaik untuk mereka yang aku sayang.
Bukan juga untuk hari ini, bahkan hari hari seterusnya.

Hati masih seperti dulu.
“..Ya Allah, tolong jaga dia. Bahagiakan dia sebagaimana dia membahagiakan aku..”
“ Ya Allah, Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaanMu..”

Check Your Love Meter