Daisypath Anniversary tickers

Sunday 24 July 2011

Aku Cuma Gadis Biasa

Seringkali ku toleh nama itu.
Saat itu hati bagai terusik,
Dipanah rasa kerinduan.
Bagaimana jika suatu hari nanti,
Takdir tidak mengizinkan untuk bersamanya..
Bagaimana harus aku lalui hidup ini?
Adakah senyumanku masih sama?
Aku tidak mengharapkan ceritera hidup
Seperti Cinderella..
Snow White..
The cute Barbie..
Yang ku harap hanyalah hidup insan biasa..
Yang cukup dengan cerita gembira bersamanya.
Aku tidak dapat menjanjikan 100% kebahagiaan untuknya.
Aku tidak dapat memberikan
kasih sayang untuknya lebih dari kasih sayang ibunya.
Tapi, Aku boleh memberi segala kemanisan hidup
untuknya hanya setakat yang aku mampu.
Kerana aku masih insan biasa.
Komitmen ku untuk cinta kamu sangat kuat.
Sesungguhnya aku amat bersyukur
Andai kamu boleh terima diri ini seadanya.

Nukilan rindu kepada sang kasih,
Kata digubah untuk si hati,
Bergelar insan bernama kekasih,
Agar diri bisa dimengerti.

To :
Mr. Gula-gula.
Tegur aku jika aku salah.
Marah aku jika aku mulai sombong.
Kerana diriku cuma gadis biasa
yang masih banyak kekurangan.


No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter