Daisypath Anniversary tickers

Saturday 16 July 2011

Tidak Semudah Yang Kamu Fikir.

Jika diri ini tidak diterima seadanya…
Jika diri ini diperbodohkan..
Jika diri ini disakiti..
Jika diri ini dilontarkan kata tipu..

Namun..sesungguhnya aku bersyukur
Kerana diri ini masih dibekalkan nafas
Untuk berbuat amalan yang baik kepada semua insan..

Terkadang aku terfikir..
Mengapa diri ini begitu mudah menerima penderitaan ?
Adakah untuk mengingatkan hati agar cekal mengharunginya?
Sebenarnya aku tidak mampu.
Terlalu lemah.
Aku ingin lari dari semua ini.
Begitu perit kaki untuk melangkah dari semua ini.
Terlalu sukar untuk aku laluinya..

Ku tahan perasaan ini.
Ku pujuk keresahan ini.

Malam ini..
Tergerak hati untuk mengungkapkan kata.
Sejuta rasa ketakutan menghantui fikiran dan perasaan L
Bosan dengan resah yang menghimpit L
Takut parah membakar diri jika dipendam di dalam hati.

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter