Daisypath Anniversary tickers

Friday 1 July 2011

Aku Tahu


Sahabat,
Setiap perlakuanmu yang melukakan hatiku,
Setiap tindakanmu yang menyebabkan mengalirnya airmataku,
Setiap kata-katamu yang membuatku terkaku sedih,
Dan segala-galanya yang telah membuatkan
aku terguris terpaku...
Kini, Aku telah memaafkanmu.
Dengan nama Allah,
Aku ikhlas memaafkanmu.
Aku redha atas apa yang telah
engkau lakukan sahabat.
Aku diam.
Kerana aku tidak mampu...
Malahan tidak sanggup liar memarahimu,
Memakimu,
Menghinamu,
Apa lagi untuk memfitnahmu.
Sungguh aku tidak sanggup berbuat
begitu kepada sahabatku sendiri.
Tetapi, adilkah untukku ?
Adilkah dengan apa yang telah engkau
lakukan kepadaku?
Lagak apakah sebenarnya yang
ingin kau tunjukkan kepadaku?
Masih jelas diingatanku
sewaktu kau melayarkan
tindakanmu.
Badanku yang lemah terpaksaku
melangkah juga kerana percaya kata-katamu,
Tahukah engkau wahai sahabat?
Aku bergantung kepada dua
anggota tanganku ketika itu
untuk mencapai sesuatu agar
aku bisa bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain.
Dapatkah engkau bayangkan keperitan kesakitan yang
ku alami itu?
Ditambah lagi dengan kata-katamu
yang tidak benar dan tidak berasas itu..
Tahukah engkau perasaanku waktu itu?
Aku bagaikan hilang arah tujuku.
Aku mencari sinar senyuman yang masih tersimpan untukku.
Aku memujuk diriku sendiri.
Berlagak seperti hari esok bakal
munculnya kegembiraan.
Aku berbicara lagaknya seorang yang
menang dalam syarahannya.
Tidakkah aku terlalu
bodoh untuk berbuat sedemikian wahai sahabat?
Mengungkapkan kegembiraan diriku
walhal ianya adalah kosong dan
sangat mustahil pada ketika itu.
Sahabat,
Sungguh engkau tidak pernah terfikir
akan berlaku seperti itu
pada diriku,bukan?

Aku memaafkanmu wahai sahabat.
Sungguh.
Tetapi segala yang telah engkau lakukan kepadaku
tidak begitu mudah untuk aku
melupakannya.
Mungkin ia mengambil masa
3 hari, 3 minggu, 3 bulan, 3 tahun,
atau tidak akan ku lupa untuk selama-lamanya.
Maafkan aku wahai sahabat,
dan memaafkanmu juga adalah nilai
yang ikhlas dariku untukmu kali yang terakhir.

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter