Daisypath Anniversary tickers

Saturday 2 July 2011

Ku Ingin Impian Itu.

Dalam hidup ini,
Setiap orang mempunyai impian & cita-cita.
Tidak ada siapa akan terkecuali untuk memiliki keinginan sedemikian.

Tapi,
Kenapa sesetengah daripada kita tidak mendapat apa yang diidam-idamkan?
Mengharap sesuatu yang tidak pasti.
Dan bila tidak mendapat apa yang diinginkan,
Perasaan boleh terluka..
Kecewa..
Sedih..

Aku sebenarnya ingin impian itu.
Mahu miliki impian itu.
Mahu impian itu.
Kekadang,
Aku cemburu dengan insan lain…
Insan yang berjaya memiliki impian mereka.
Aku cemburu dengan senyuman itu.
Aku cemburu dengan gelak tawa itu.
Aku cemburu.
Sungguh,aku amat cemburu.

Mengapa aku masih di sini?
Mengapa aku masih belum miliki impian aku sendiri?
Aku marah dengan keadaanku..
Aku benci dengan sikapku..
Aku bosan dengan hidupku saat ini..
Aku belum miliki impian yang aku inginkan.

Ku sedih dengan riak wajah abah mama.
Ku renung wajah mereka,
Nyatanya mereka masih tersenyum..
Tapi,dalam hati..tak siapa tahu..
Mungkin terselit sejuta kekalutan
yang dipagari sejuta kekecewaan.
Maafkan aku.
Aku telah berusaha untuk memiliki impian itu..
Namun takdir belum mengizinkan aku memilikinya.
Maafkan aku.

Semoga masih ada  impian yang terbaik menanti
untuk aku memilikinya.
Aku berdoa kepada Allah agar hidupku
dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan olehNya.


No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter