Daisypath Anniversary tickers

Saturday 18 June 2011

Berharap kesedihan akan dibayar kegembiraan


Berharap Kesedihan waktu ini akan
dibayar dengan sebuah kegembiraan
pada hari seterusnya walaupun tidak pasti BILA.
Wanita
Hati wanita susah untuk dimengerti.
Perasaan wanita bukan sesuatu benda
yang boleh dipertikaikan.
Ia mudah terasa jika ada sedikit pun kurangnya.
Boleh rapuh walau pada hakikatnya dia kuat.
Sekali terluka, hatinya boleh menangis.
Jangan bebani dia kelukaan,
kerana dia boleh menderita.
kadangkala, Wanita senyum bukan kerana
kegembiraannya,kesenangannya,
kehidupannya yang harmoni...
tetapi menahan
perit untuk menanggung luka yang
selama ini menjadi penyakit di hari-harinya.
Hormatilah wanita,
Hargailah dia...
dia tidak sekuat yang disangka.
Bahkan..masih menunggu kegembiraan
walaupun dia tahu waktu
adalah jawapannya.
Seringkali terasa sebak sendiri
memikirkan kekeliruan hati
yang inginkan bahagia selamanya,
dan dia tahu 'selamanya' adalah sangat mustahil.
Wahai wanita,
jangan bersedih saat sang hujan turun ke bumi,
kerana sesetengah hujan itu akan
membawa rahmat dan keindahannya
dengan membawa sebuah pelangi
yang begitu pesona dan mewujudkan
senyum di hati.
Tiada bezanya dengan hakikat kehidupan
manusia di muka bumi,
Perkara yang buruk
jangan disangka selamanya buruk
kerana disebaliknya mungkin
membawa sejuta kebaikan yang membuatkan
riak wajah tersenyum.
Tinggallah deritamu wanita..
Pasti menyusul cerita yang lebih baik..
yang menunggu kita.
haruslah tabah..

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter