Daisypath Anniversary tickers

Friday 26 August 2011

INSAN SEDERHANA

Kadang aku menyendiri..
Seperti mencari sesuatu yang hilang..
Pernah aku membenci diri sendiri..orang lain..
Orang di sekelilingku…
Mungkin disebabkan aku sedih…
Aku sedih bila diabaikan..tidak dipedulikan..
Dan disitulah aku mula menangis..
Kerna aku tak sehebat insan lain
Yang punya hati tabah.

Aku terlalu manja.
Mengapa aku masih seperti budak kecil ?
Ingin dipujuk-pujuk bila aku merajuk.
Ingin hati ini dibuai-buai setiap masa.
Ingin seseorang memberitahu aku supaya tidak bersedih.

Benarkah masih ada seseorang yang mahu mendengar segala keluh-kesahku?

Aku hanya mahu menjadi insan sederhana..
Aku tidak mahu menjadi terlalu baik..
Kerana aku bimbang…
Bimbang aku diperbodohkan atas segala kebaikan yang ku beri..
Dikhianati..
Dibenci..
Dicaci..
AKU TIDAK MAHU.
Biarlah aku menjadi insan yang bersederhana.

Jiwa ini hanya mahu perasaan damai.
Kerana ia pernah menangis satu ketika dulu..
Kerana ia pernah dipermainkan oleh jiwa yang lain satu ketika dulu..
Kerana ia pernah kecewa terhiris luka satu ketika dulu..
Kini.. semua peristiwa itu telah membuatkan jiwanya kini bangkit semula
melawan kepedihan..
dan kerana semua peristiwa itu telah menjadikan dirinya kuat untuk meneruskan hidup
tanpa kedukaan peristiwa itu..
dan kerana itulah jiwa ini menerima lamaran cinta jiwa yang baru…
kerana jiwa ini yakin bahawa kini dia juga boleh bahagia setelah menempuhi
kepedihan pada satu ketika dulu.

Wahai jiwa si hati..Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku.
Sesungguhnya kemunculanmu dalam hidupku adalah perkara yang tidak pernah ku duga sama sekali.
Kehadiranmu kini mampu membuatkan kehidupanku seunik2 warna.
Sekali lagi..terima kasih Mrs Gula-gula.

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter