Daisypath Anniversary tickers

Sunday 14 August 2011

SUNYI DALAM GEMBIRA

Pagi kelmarin..saya menunggu.
Petang..saya masih menunggu.
Dan malamnya...saya menunggu..
Akhirnya..sebelum tidur,SAYA MENANGIS.
Situasi ini terlalu sukar untuk saya lalui.

Dan Pagi ini..Saya sakit.
Mungkin kesan daripada perasaan yang sukar untuk saya tahan semalam.
Diri ini cuma ingin diberi perhatian.
saya tidak bermaksud pada setiap jam..setiap masa..
saya tidak mengharapkan kekerapan seperti itu.
Sibuk macam mana sekalipun dengan kerja itu...
tolonglah beri perhatian tentang saya juga..ambil berat..
saya juga memerlukan perhatian.

saat ini..dalam keadaan saya yang sakit,
saya mengharapkan pertanyaan "sihat juga? " dari awak..
namun..apa kan daya..jauh dari apa yang saya bayangkan.
mungkin awak tidak tahu situasi saya.
kerana kini awak sudah jarang bertanya tentang perkara itu..

Awak selsema..saya tahu situasi awak.
Saya doakan selsema awak cepat hilang...semoga sihat walafiat di sana.
Saya sakit..Tapi Awak tidak tahu...

Setiap hari saya doakan yang terbaik untuk awak.
"Ya Allah..
berikanlah aku pasangan hidup yang baik..
yang hormat akan kedua orang tuaku..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Jika di loh mahfuz telah tertulis bahawa................ adalah jodohku
Maka, Jadikanlah dia anak yang soleh kepada kedua orang tuanya,
Sucikanlah hatinya..
Perelokkanlah akhlaknya sepertimana Engkau memperelokkan rupa paras dan kejadiannya..
Tanamkanlah sifat jujur dan amanah dalam dirinya..
Jauhkanlah dirinya dari perbuatan yang mungkar..
Permudahkanlah segala urusannya..
dan murahkanlah rezekinya...
Amin......"

Maafkan jika selama ini saya menyusahkan awak.
Maafkan saya.
Mudah-mudahan esok saya sihat walafiat......
Tidak mengapa walaupun awak tidak bertanya tentang sihat/sakit saya.
Saya akan cuba bertahan dengan keadaan yang saya lalui sekarang.



No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter