Daisypath Anniversary tickers

Monday 1 August 2011

Bersyukur


Aku amat Bersyukur kepada Allah
Kerana diberi peluang untuk merasai bulan berkat pada tahun ini.

Tahun ini..
Aku dapat mengungkapkan “Selamat Beribadah Di Bulan Ramadhan’’
Kepada insan yang begitu istimewa dalam hidupku J
Aku masih boleh menyatakan  “Selamat bersahur” kepadanya J
Masih boleh memberi kata“selamat berbuka puasa” untuknya J
Aku bukanlah mengharapkan apa-apa balasan,
Cuma ingin dia tahu bahawa sungguh aku bertuah kerana dapat
Meniti bulan berkat ini bersamanya.
Aku mahu kongsikan kegembiraan
bulan yang mulia ini bersamanya.

Aku gembira jika aku mengungkapkan kata-kata sebegitu kepadanya.
Sehari sebelum mulanya puasa ramadhan, aku sudah merancang
untuk berbuat demikian.
Sebagai teman istimewanya, aku ikhlas J

Jika diri ini tidak dihargai..
Jika segala pengorbananku selama ini dipandang remeh..
Jika diri ini begitu hina untuk diberi perhatian..
Maka aku tidak sekali-sekali pernah salahkan sesiapa J
Sekadar mahu orang di sana mencintai diri ini
dengan hati yang tulus,ikhlas dan
terima segala kekuranganku berbanding kelebihanku J

Aku berharap agar tahun ini dapat membawa makna
kegembiraan dan keberkatan dalam hidupku J

Selagi aku bergelar teman istimewanya,
Doaku untuknya tidak akan putus,
Semoga yang terbaik untuknya.
Bulan berkat..semoga lebih membawa keberkatan kepada semua insan.

Aku suka bila mengungkapkan kata
ini kepadanya…”Selamat bersahur J

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter