Friday, 19 August 2011

HANYA TUHAN YANG TAHU

Untuk apa aku berpura-pura tabah sedangkan hati ini ingin menangis?
Untuk apa aku berpura-pura gembira sedangkan hati ini ingin menangis?
Untuk apa ?
Seringkali aku cuba untuk menahan tangisku.
Dadaku jadi sebak..kemana harus ku palitkan rasa sebegitu?
Seringkali aku mengingatkan diriku agar sentiasa tabah,
namun akhirnya…aku tewas
oleh perasaanku sendiri.
Wahai diri, cubalah dongak kenyataan dunia.
Beranikan diri menyentuh segala dugaan dunia.
Namun..kekadang aku tenggelam.
Kadang aku tersedar..kadang aku tersasar.
Pernah aku mengalirkan air mata yang amat sangat lantaran
aku terlalu memikirkan kehidupan Mama Abah.
Segalanya mereka yang uruskan..
Aku terasa seperti tidak memahami mereka yang berhempas pulas
untuk keselesaan hidup kami sekeluarga.
Memerah keringat mencari rezeki.
Sedangkan aku? Aku belum memerah keringatku untuk mereka.
Aku seperti tidak tahu mencari kekuatan agar aku tidak menangis.
Aku hanya menangis.
Apa yang ada dalam diriku sehingga aku seringkali menangis….
Hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.
Alangkah pedihnya.
Seringkali aku menahan sebak, Namun air mataku terhambur juga.
Walaupun saban hari aku berperang dengan perasaan…
aku akan terus mengingatkan diriku agar sentiasa tabah.

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter