Daisypath Anniversary tickers

Friday 12 August 2011

TERINGAT KEMBALI MEMORI ITU

Hari ini…
saya melalui satu lorong..
Dimana lorong itu mengingatkan saya pada awak.
Kita pernah berjalan bersama satu ketika dulu di lorong itu.
Mungkin awak tidak tahu…saya pernah mencuri pandang melihat wajah awak ketika itu.
Mungkin awak tidak sedar.. J

Hari ini juga..
saya melihat pondok itu..
Wajah tersenyum..kerana teringat akan wajah awak yang tersenyum di pondok itu satu ketika dulu..
Kita tertawa bersama.
Sebuah kerusi  di bawah pokok yang rendang..masih ingatkah akan hal ini?
Kita ketawa lagi di sini…
Seorang budak yang menyerikan detik manis waktu itu..
Kita usik ceritera waktu itu dengan ceritera seorang kanak-kanak..
Gembiranya rasa di hati ini ketika itu…

Hari ini juga..
saya melihat kek itu..
Langkah terhenti sekejap..
Wajah tersenyum lagi..
Hati menjadi sebak…ingin menangis..kerana terlalu rindu akan detik itu.
Kerana di sinilah cerita kita bermula…
Pertemuan pertama kita..
Pertama kali saya lihat awak tersenyum..


Awak..detik yang saya lewati hari ini..amat berbeza dari detik kita bersama.
Begitu banyak kenangan yang kita lalui bersama..
Setiap benda..tempat..yang berkaitan dengan awak..mengingatkan saya tentang semua
Memori kita..

Awak..jika suatu hari nanti awak pergi dari hidup saya, bagaimana akan saya lalui hidup ini?
Awak..jika suatu hari nanti awak buang saya jauh dari hati awak, pada siapa harus saya simpan hati ini?
Awak..jika suatu hari nanti awak berpaling dari saya, kepada siapakah saya harus menoleh?

Awak.. saya bukan memilih kesempurnaan.
Awak..saya hanya mahu niat ikhlas awak menerima saya..
Mencintai saya..
Menyayangi saya..
Mengambil berat akan diri saya..

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter