Daisypath Anniversary tickers

Monday 16 May 2011

Sahabat sejati sentiasa memerhati


Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan.
Kerana dia juga seorang manusia.
Dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
Sebagai kekuatan.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.
Di sebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Di sebalik ketenangannnya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu...tetapi
jika kita cuba
jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.


Source : CommentEstate.com

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter