Daisypath Anniversary tickers

Friday 28 October 2011

Pagi Jumaat Ini


Sering ku katakan banyak hati perlu ditatang, walau hanya sedikit yang faham…
Payah benar rasanya.
Andai semua boleh memahami..
Andai semua boleh merasa..
Andai semua boleh mengerti..
Pasti tidak akan ku luah disini.
Kerana bukan semuanya boleh.
Tolong jangan cepat berprasangka buruk terhadapku,
Ia tidak semudah yang kamu sangka.
Susahnya menjadi seorang insan,
Banyak kata perlu dilapik..
Banyak dengar perlu ditapis.
Itulah manusia.

Pagi jumaat ini,
Tidak tertahankan..akhirnya
Ku biarkan ia jatuh.
Tidak terbendungkan..
Mungkin anda keliru..apa sebenarnya berlaku.
Kerana yang pasti tahu hanya Allah yang satu.
dan AKU.

Bukan dipinta untuk sama berkongsi, Cukup sekadar mengerti.

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter