Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 16 November 2011

Mereka Tidak Faham

Mereka tidak akan pernah faham.
Apa yang ku lalui ketika ini,
Mereka tidak faham,
dan tidak AKAN faham.
Ketika diri ini mahu belajar
dari kesilapan lalu..mereka jauh merenung aku.
Seolah-olah aku belum layak untuk memperbaiki
kesilapan diriku.
Lagaknya seperti mereka MEMBANTAH.
Ya Allah.. sungguh aku ingin memperbaiki diriku.
Tetapi mereka tidak faham.
Diri ini tak kuasa menahan berat beban dan sesak di dada..
tatkala mengenang sikap mereka.
Ingin ku lukiskan apa yang sedang ku rasa..
Ingin ku bagi sesak di dada ini..
Namun, apalah terdaya.
Sulit rasanya untuk mulutku berucap,
Sulit rasanya hati ini membagi derita,
Apa lagi sekilas bertingkah pun aku sudah cukup malu.
Aku bukanlah seperti mentari yang sentiasa menebarkan sinarnya.
Juga bukanlah seperti karang yang tegar, teguh…bertambah kuat
tatkala didera hentaman ombak.
Aku hanyalah insan biasa.
Yang kadang tertawa, kadang menangis.
Kadangkala tak punya kegembiraan untuk dibagi,
Bahkan kadang tak punya kegembiraan untuk diri sendiri.

Dan selama-lamanya MEREKA tidak akan pernah faham.
Aku sedia maklum.

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter