Daisypath Anniversary tickers

Sunday 13 November 2011

Cik belog "Mimbebeks"

Kali ini jom merepek soal jagung..err CINTA
dan benda yang seangkatan dengannya.

Cinta ?
Sila peka wahai penghuni alam.
Ramai yang akan salah sangka dengan apa
yang akan ku kupas..ku ulas..ku hiris..
Kerna aku juga sememangnya alpa dalam tafsiran.
Tapi ini adalah pendapat ku sendiri.

Pendapat cik belog ini..
Cinta itu monyet. Ehh maaf.
Maksud cik..Cinta itu monyet jika cintanya
disambut oleh para pencinta palsu.

Cinta itu bermaksud kasih sayang terhadap seseorang.
Cinta itu ibarat kemanisan dan kepahitan.
Antara dua rasa ini, yang manakah yang akan anda pilih
untuk menunjukkan andalah orang yang disayangi.
Jikalau anda memilih rasa KEPAHITAN,
maka andalah orang paling di benci.
Dan jikalau anda memilih rasa KEMANISAN,
maka andalah orang yang amat di sayangi.

Hati –hati dengan cinta.
Kerana cinta boleh buat orang sihat jadi sakit.
Orang normal jadi gila.

Berpada-padalah.
Sesungguhnya ia tidak semuanya manis.
Jangan terlalu mengharap akan madu,
Jika perisai tidaklah sebesar mana untuk saingan sengat lebah.

Tapi anda mungkin tidak sedar jika hati telah
Terjangkit virus chicken Fox...Ehh Cinta.
Tapi jika hasrat setinggi gunung kinabalu untuk bercinta..
Ehh silap lagi..lebih tinggi dari itu.. J
Bersedialah..untuk merasa sakit yang menyelimut hati.
Jika anda merasa sakitnya,
jangan pernah anda salahkan cinta,
jangan pula anda salahkan waktu.
Kerna semua itu adalah sebuah
proses kehidupan yang harus anda tempuhi.
Anda juga jangan salahkan pertemuan itu.
Apalagi mempertanyakan mengapa
semua harus anda yang rasa sakitnya,
sekali lagi aku katakan itu semua adalah sebuah
proses kehidupan yang berlaku pada semua orang.
Kerana aku sudah bilang, Tidak semuanya manis.

Baiklah.
Rasanya hanya itu.
Bait-bait itu perlu di fikir bersama.
Apa yang kurang,  adalah kelemahanku.
Lebihnya, sama-sama manfaatkan.
Kerana aku masih perlu tingkatkan pengetahuan
yang belum pun setengah jagung J
[asyik-asyik jagung J]

Inilah “Cik belog mimbebeks”
Mimbebeks ? apa itu..?
Try google translate J
Hehe..jangan. Ini bukan bulan April.

No comments:

Post a Comment

Check Your Love Meter