Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 16 October 2011

Aku.Saya.I.Me.Yoku

Dalam hidup..perlu ada belajar.
Belajar, belajar dan belajar.
Banyak benda. Banyak perkara. Banyak kisah. Banyak nostalgia.
Aku. Ya aku maksudkan saya, I, me, yoku….harus belajar.
Pelbagai perkara telah aku pelajari sepanjang hidupku.
Namun…kini……..
Ternyata aku harus belajar lagi..terus belajar.

Aku belajar melupakan mereka yang melupakanku.
Wow ! bunyinya agak kejam. Namun itulah aku. Prinsip aku. Bukan engkau..

Aku belajar memaafkan mereka yang menyakitiku.
Nah ! bait-bait ini agak manis sedikit kan..haha~
Sungguh. Aku benar-benar maksudkannya.

Aku belajar tersenyum saat fikiranku diundang kerumitan.
Kadang-kadang takdir menerpa aku dengan perkara tanpa diundang,
Memberi sesuatu yang tanpa ku rancang.
Aku terus belajar mengatasi kekangan ini.
Ya. Perempuan gemuk..anda boleh !

Aku belajar tidak membazirkan air mataku untuk perkara yang membuatku kecundang.
Sebenarnya, situasi tersebut memaksa diriku mengalirkan air mata.
Sulit untukku tahan sebenarnya.
Oleh itu, aku belajar untuk berfikir lebih jauh..hikmah.ya hikmah.
Kerana..setiap kesulitan..Pasti ada kemanisan bertandang.

Sungguh tidak ada yang salah.
Ianya ujian dari Allah swt.


Friday, 14 October 2011

Unexpected

Dalam hidup aku..
Waktu ini..
Saat ini..
Aku tidak menduga sama sekali ia berlaku seperti ini.
Alhamdulillah..Aku bersyukur kepada ilahi.
Sungguh.
Aku tersenyum..
Aku merajuk..dah ada orang pujuk..sepertinya aku mahu tergelak. Hehe
Thank you so much.

Aku cuba yang terbaik untuknya.
Buat si dia lebih bahagia..ceria.
Tetapi aku takut..takut jika aku terlalu mengongkong.
Aku tidak berniat seperti itu.
Aku mahu dia menjadi yang terbaik untuk dirinya juga untuk orang di sekelilingnya.
Kadang-kadang..mungkin tanpa aku sedar, aku menasihatinya dengan cara yang melampau..
Maaf sayang. Aku tidak sekali-kali akan melalukan sesuatu yang agak melampau.
Ia untuk kebaikan kita.
Kalau awak sakit..aku sedih. Sangat sedih..
Aku risau bagaimana awak melalui hari-hari awak jika badan sudah sakit..
Jaga kesihatan.. J
Sayang awak.. J

Friday, 7 October 2011

In a relationship :)

In a relationship with..Ashroof J
KAMI berkeputusan untuk appear nama “in a relationship’’ di facebook.
Saya berharap dengan apa yang telah saya lakukan..adalah terbaik.
I don’t care what people say. J
Cheer up !
Positifkan minda. J
Semoga ianya berkekalan J

Sunday, 2 October 2011

Butterfly

BUTTERFLY - Melly Goeslaw feat. Andhika Pratama

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menitis
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu
reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Kerna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up false me and you
Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Thursday, 29 September 2011

Tidak Ku Sangka

Sungguh dunia ini penuh dengan cabaran.
Inikah dugaan buatku?
Aku tidak menyangka ada insan lain memberi  tanggapan sebegitu ke atas diriku.
Aku tahu diri ini.
Banyak kesilapan yang telah aku lakukan.
Dan kerna kesilapan itu, mereka tidak dapat mengubah tanggapan itu.
Kenapa masih sama?
Aku masih mahu menjadi insan baik. Aku punya keinginan itu.
Dan tika diriku ingin berubah sedikit untuk menjadi lebih baik…
Insan lain menganggap diriku cuma berlakon. Beraksi baik.
Astaghfirullahulazim..sungguh aku tidak berniat sebegitu.
Aku sedih, terkilan bila mereka tidak menegur ketidakpuasan hati mereka
Kepadaku secara terang-terangan, berdepan.
Malah..ketidakpuasan hati mereka itu
Diberitahu secara umum dan bukan secara terus kepadaku.
Aku boleh menerima jika kebenaran itu tidak diselindung.
Tolonglah..Yakinkan diriku dengan teguran positif anda.
Aku pasti memahaminya.
Kini, aku perlu memperbaiki diriku. Sifatku.
Aku mahu menjadi seperti mereka yang berakhlak baik.
Aku ingin seperti itu.
Namun, adakah sesetengah mereka itu tahu akan niatku ini?

Check Your Love Meter