Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 31 December 2011

Di Penghujung 2011

Selamat Tinggal 2011
Tahun ini..Tahun yang penat.
Banyak perkara yang telah saya lalui sepanjang tahun ini.
Sepanjang tahun ini..saya banyak menggunakan emosi..
[emosi..?]
Saya selalu berperang dengan perasaan.
Suka~duka~pahit~manis
Sungguh.
Tapi saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan
menghirup udara dengan bebasnya,
Memiliki waktu 24jam setiap hari..
Salah satu resolusi yang saya ajukan  untuk diri saya sendiri
adalah “berusaha selagi mampu’’.
Selain itu, tahun 2011 telah menginspirasikan hidup saya.
[psst...ada something disitu..kehkeh]
Harus menjadi lebih baik.
Perbaiki kelemahan diri sendiri..
Sedia maklum, mengenal diri itu sukar..
Mengakui kesalahan diri itu sukar..
Dan melawan kebodohan diri sendiri juga sukar.
Tapi perkara itu boleh diubah, bukan?
So, yang paling penting…
Never stop, always moving.
Niat kena ikhlas J



Nantikan entri “My Resolution 2012’’ saya esok~ J

Thursday, 29 December 2011

Lets Try Together

Sebenarnya hidup ini tidak membosankan.
Semuanya bergantung pada diri sendiri untuk
jadikan hidup ini membosankan atau menggembirakan.
Kalau kekecewaan yang ditemui dalam apa juga
perkara yang dilakukan,
Jangan salahkan sesiapa.
Manusia bukan senang difahami.
Jangan terlau fikirkan mahu menggembirakan orang lain
sampaikan diri sendiri terabai.
Make yourself happy first before anyone else.

Mrs.Gula-gula Kissme,
Saya marah sebab saya sayang !

Saturday, 24 December 2011

SayaGeramTauTak

Hujan. Saya masih diam. Menunggu.
Hmmm..perasaan ada sedikit geram~ok ???
Kalau boleh mau dihempas benda yang di depan mata ketika ini !
[Sila imagine tahap `kebengangan’ saya].

Baik. Saya akan memainkan lagu Bengang.
Wakakak..apsal `Bajet Musikal’ pulak nih?? Haha.

Okay. Kembali ke topik ASAL.
Orang bilang..Minum air suam untuk meredakan
Kebengangan.[kepala hotak engkau!]
Hishhh. Mak oii~

Kita hantar `i miss u'
Tidak pun dibalas yaa....
Tengoklah nanti.
Confirm ayat JIWANG tu timbul.
[Pujuklah saya yaa~] hekhekhek J

Tuesday, 20 December 2011

My Beloved, Sabar

Saya tidak tahu ..dan tidak pasti..
Keadaan hari ini..
Perasaan saya lain.
Apa yang berlaku hari ini, buat saya takut.
Saya jadi cemas.
He said – “Sedih..”
Saya stuck disitu.
Hati saya mula risau.
Apa patut saya buat.
Saya mula bertanya.
Berulangkali saya bertanya #
Namun tindak balas dari dia ambil masa agak lama.
Ya Allah..Hati saya bimbang.
Saya cuba untuk bertenang #
Then, saya dapat tahu apa yang
menyebabkan dia jadi sedih.
My beloved, Sabar #
Doakan supaya bapa cepat sembuh.
Jangan sedih. Insyaallah..kesihatan bapa beransur baik juga.

Wednesday, 14 December 2011

I think of you when I wake up

*[Shed a tear for a moment]

To be honest, I miss you so much.
I wonder if you still thinks about me.

Tuesday, 13 December 2011

Payah Sekali

Aku tahu..
Aku bukanlah insan yang mudah untuk memahami anda.
Aku..
Aku insan rapuh perasaan. Begitu mudah sekali.
Rajukku bisa datang. Kerap sekali.
Dayaku lemah. Menangis?
Ya. Menangis adalah tiang untukku berpaut dalam sedihku.
Kesedihan ini aku telan sendiri.
Kerana payah benar untuk dikongsi.

Sunday, 11 December 2011

KARMA itu wujud.

Lama aku termenung..
Masih berfikir~
Untung saja jika “masih”
Wahai hati~ harus bertahan..
Boleh saja perkara itu tidak penting bagi mereka..
Tapi sesungguhnya perkara itu bagai nyawa untukku.
Aku tidak boleh tidak berfikir akan hal itu.
Hati sering terganggu~kelu sungguh, mati akal aku dibuatnya.
Sabar~ kerna KARMA itu masih wujud.

Wednesday, 7 December 2011

Usna, Sabar...

Aku tahu Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi batas mampu.
Aku sepatutnya sabar, sabar, sabar dan sabar.
Kita makhluk istimewa, insan terpilih untuk diuji
agar boleh terus bersabar dengan setiap dugaan hidup.
Kadangkala aku hampir kalah dan tersungkur..
Namun aku cuba untuk mententeramkan diriku
agar cekal untuk menghadapi dugaan ini.
Inilah takdir,
Kadang-kadang memaksa kita untuk mengalirkan airmata.
Hidup memang seperti roda yang berputar, right ? I can just smiling to face it J

Sunday, 4 December 2011

Ayat Hati Ini

Ya Allah..
Ternyata hatiku amat sakit saat ini.
Ingin aku luahkan pada semua orang..
Tapi hipokrit ini aku mesti bentengkan.

Ya Allah..
Seandainya apa yang kurasakan ini
Hanyalah ujian untukku, maka aku redha sebagai hambaMu.

Ya Allah..
Mengapa begitu sukar untuk diterima diri ini seadanya di mata manusia?
Apakah aku harus mengubah diriku untuk menjadi orang lain
Agar diri ini diterima…?

Aku tahan perasaan ini.
Kesedihan dan keresahan hati bertamu lagi.
Untuk apa?
Aku sering begini..

Check Your Love Meter